Tuesday 19 August 2014

Selamat pagi sahabat maya.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan kasih

Assalamualaikum semua sahabat maya dan nyata,

Semoga kita sentiasa ada keberkatan dengan segala nikmat rezeki, semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat kehidupan!

Wednesday 13 August 2014

Letihkah menjadi pemberi?

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan kasih

Belajar banyak dari kehidupan dan belajar melihat sesuatu dengan  mata hati.
Angka umur bukan juga penentu untuk anda lebih matang dalam melihat sesuatu perkara, ianya memerlukan akal dan Elmu untuk anda jadi lebih baik.

Adakalanya kita akan selalu jumpa orang yang selalu berharap/menerima tetapi sangat  jarang memberi dan adakalanya anda akan jumpa orang yang sangat sukar memohon maaf walaupun telah berkali-kali di kancah kesalahan. Boleh belajar banyak perkara dari orang yang begini.

Nota# sekiranya anda tunggu orang lain memberi atau memohon maaf sekiranya berlaku apa-apa yang tidak menyenangkan anda belum membuka luas mata hati anda. Anda rasa rugi benar sekiranya anda yang menjadi "pemberi".

kongsikan bersama saya,

Tuesday 12 August 2014

Peniaga kecil dan coklat.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan kasih

Assalamualaikum semua sahabat naz,

{Cerita pendek}

Saya memang suka berniaga sejak dari zaman kecil saya , semasa berumur 7-12 tahun di rumah pondok ibu saya minta ibu tolong belikan banyak jenis coklat dan paling penting duit modal itu adalah lebihan dari wang saku sekolah. saya jual semula kepada "geng budak kampung AKA teman sepermainan" bilamana mereka letih bermain bersama saya mereka terpaksa beli coklat saya. Lapar!
saya gembirakan mereka dengan coklat yang saya jual dan saya makan percuma coklat saya tanpa perlu bayar:)

Sehingga berjumpa lagi, terima kasih Jom sembang bersama saya,

Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb

PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><> 01136106291

Monday 11 August 2014

Semangat kekuatan sahabat kanser!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim
Subjek: Catatan pengalaman

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah,

Ini gambar sahabat baik yang saya anggap mcam kakak saya sendiri,

Saya suka semangat dan kekuatan luar biasa beliau, beliau disahkan mengidap kanser stage4 sekarang, hebatnya dugaan yang Allah bagi pada beliau.Kami banyak menghabiskan masa bersama dan dia seolah-olah orang yang sehat luarannya. Senyuman sentiasa melekat di bibir mesra.
Benarlah apa yang kita tahu, kita harus positive dalam segala hal berkaitan kehidupan, kawan yang postive dan environment yang positive!
saya pinjam semangat dan kekuatan beliau untuk diri saya sendiri, saya kagum benar dengan bicara wanita disebelah saya ini. beliau masih tidak memulakan sebarang sesi chemotherapy dan masih kelihatan sangat hebat.
Semoga Allah jauhkan kita semua dan sentiasa beroleh kesehatan yang baik.
Sebagai orang biasa kita mungkin tak akan dapat lari dari takdir, siapalah kita untuk melawan segalanya, hanya yang boleh adalah berusaha untuk mencegah. saya banyak mengalamalkan makanan kesihatan sedari usia saya 20-an
Salah satu yang saya ambil setiap hari ialah makanan tambahan dari buah berries yang memang sangat bagus untuk tubuh kita dan ianya ternyata salah satu produk yang dapat menghalang sel kanser merebak di dalam tubuh kita seterusnya membuatkan perjalanan darah mengalir.

Semoga kak gee juga mendapat manfaat dari khasiat buah berries ini.
Saya bukan penjual ubat tapi banyak kesedaran hadir tatkala berdamping dengan orang yang telah disahkan mengidap. saya terpanggil untuk menulis dan saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda khasiat buah berries. saya tahu ramai wnaita takut tetapi ramai wanita abaikan saja.
Salam kasih dari saya dan yang dah rasa berries semalam terima kaish banyak-banyak!

Sehingga berjumpa lagi, terima kasih Jom sembang bersama saya,

Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb

PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><> 01136106291

Selamat hari raya semua!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah
Subjek: Catatan kasih

Saya mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk memhon ribuan ampun dan terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi singgah di blog bersawang saya:)

Selamat hari raya semua.

Saturday 19 July 2014

Sehangat kasih ayahibu!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: N/a
Subjek: Catatan kasih

Sahabat yang dirahmati ALLAH,

Tahun nie tahun ketiga tanpa ibu dan ayah, masih hangat terasa pemergian mereka berdua.

Masih hangat rasa kasih yang saya bawa sampai sekarang,
masih mesra senyum manja ibu melekat di minda,
masih segar kasih ayah hingga ke hayat nyawa.

Mereka pergi jua mengadap kasih Ilahi, mereka pergi jua walaupun sayang saya sejuta kali, Kasih Allah itu lebih besar dari kasih saya.

Semoga roh ayah ibu tenang dan aman di sana, suatu hari nanti kami jua pasti menyusul,

Pada yang masih ada ibuayah, jenguklah mereka, sepatah dua kabar berita cukup mengembirakan mereka, apalah ertinya puasa pada mereka yang masih merasa kasih ayah ibu jauh dari hidup mereka?
perkara kecil yang mungkin membuat kedua pihak terasa, namum siapalah kita untuk jauhkan diri dari ibuayah.

Nasihat ikhlas saya pada yang rasa kasih ayahibu hanya sebahagian mimpi ngeri, yang merasa perlu ada kemenangan antara ibuayah, yang rasa tak sanggup nak turun tanah mohon ampun ibuayah. Berpijaklah di bumi nyata.

Ayah dan ibu pasti pergi jua dan mana mungkin kata ampun akan keluar dari tanah kubur andainya kita perlukan kematian sebagai sandaran ampun untuk orang yang paling mahal nilainya.

Al-fatihah untuk kedua ibubapa saya.

Ramadhan bulan mulia, hebat kasih sayang Allah waktu ini.
sehebat kasih ibu dan ayah pada kita.

Salam ukhwah untuk semua dan selamat berpuasa.

Wednesday 9 July 2014

Tips 2 minit urus facebook!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian google
Subjek: Catatan diambil dari sifu online GeroAzrol

Selamt mencuba:)

Tips 2 min dari sifu azrol,

Tips 2 minit - Urus Facebok Anda dalam masa 2 minit supaya anda jimat masa guna Facebook.

Like & Share jika berguna pada anda dan beri orang lain manfaat melalui anda. :).

Saturday 28 June 2014

Selamat datang bulan mulia.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian google
Subjek: Catatan harian

As-salam semua sahabat.

Tahun nie tahun ketiga tanpa ibu dan ayah, masih hangat terasa pemergian mereka berdua.

Masih hangat rasa kasih yang saya bawa sampai sekarang,
masih mesra senyum manja ibu melekat di minda,
masih segar kasih ayah hingga ke hayat nyawa.

Mereka pergi jua mengadap kasih Ilahi, mereka pergi jua walaupun sayang saya sejuta kali, Kasih Allah itu lebih besar dari kasih saya.

Semoga roh ayah ibu tenang dan aman di sana, suatu hari nanti kami jua pasti menyusul, 

Pada yang masih ada ibuayah, jenguklah mereka, sepatah dua kabar berita cukup mengembirakan mereka, apalah ertinya puasa pada mereka yang masih merasa kasih ayah ibu jauh dari hidup mereka?
perkara kecil yang mungkin membuat kedua pihak terasa, namum siapalah kita untuk jauhkan diri dari ibuayah.

Nasihat ikhlas saya pada yang rasa kasih ayahibu hanya sebahagian mimpi ngeri, yang merasa perlu ada kemenangan antara ibuayah, yang rasa tak sanggup nak turun tanah mohon ampun ibuayah. Berpijaklah di bumi nyata.

Ayah dan ibu pasti pergi jua dan mana mungkin kata ampun akan keluar dari tanah kubur andainya kita perlukan kematian sebagai sandaran ampun untuk orang yang paling mahal nilainya.

Al-fatihah untuk kedua ibubapa saya.

Ramadhan bulan mulia, hebat kasih sayang Allah waktu ini.
sehebat kasih ibu dan ayah pada kita.

#Salamkasihbuatsemua

Friday 27 June 2014

cuma orang positive tidak sesuai berada di persekitaran orang negative!

Teks:Nazurah Rahim
Foto; N/A
Subjek: Catatan harian

Berbaik sangkalah dengan setiap apa yang kita nampak, sentiasa positive.
Jangan bawa perangai anda yang cantik molek., berpangkat tinggi di luar rumah atau bisnes. Rosak!

Kalau kurang kawan lihat pula kawan lain yang banyak kawan, bagimana pula kawan sebelah melangkah penuh gaya bersahaja, baikkah dia ?

Orang positive sentiasa positive menerima kebaikan atau keburukan, cuma orang positive tidak sesuai berada di persekitaran orang negative.

#mulakanpagiindahpositive

selamat pagi cinta hati!

Thursday 26 June 2014

Tetamu istimewa, tetamu syurga. Dunia suri di rumah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto; Nazurah
Subjek: Catatan harian

Pagi ceria Bersama nayli zahraa,

Alhamdulilah dengan segala nikmat Rezeki Dari Allah, tetamu istimewa ini tidak kami undang Dan tidak pula kami jadikan Dia pelarian. Anak-anak melayan mesra Dan kini si ibu dah melahirkan anak-anak istimewa pula. Comel belaka.

Entah kucing siapa datang bertandang menjadi tetamu tetap pula, mahu dihantar pulang tapi pada siapa?
Tadah tangan syukur atas Rezeki yang kami kongsi bersama mereka. Tetamu Allah ini akan kami pelihara tanpa sempadan Kasih. Insyallah.

Sehingga berjumpa lagi, terima kasih Jom sembang bersama saya,

Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb

PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><> 01136106291

Tuesday 24 June 2014

Dunia itu milik saya!

Teks:Nazurah Rahim
Foto; Nazurah
Subjek: Catatan harian

Sahabat yang dirahmati ALLAH,

Rindu benar untuk melihat halaman istana milik saya ini, bersawang rasanya habuk-habuk yang hinggap di blog maya ini. For those yang sudi singgah insyallah saya akan terus consistent menulis nanti dan terima kasih kerana masih bersama saya.

Saya akan terus menulis semula tips dan motivasi basic untuk anda mula melangkah ke alam niaga. Doakan saya terus menjadi sebahagian dari kehidupan anda, Insyallah.

Yang baru singgah boleh kenali saya lebih dekat,
saya membantu anda  yang berminat untuk membuat bisnes telekung ,anda boleh dapatkan sebut harga dari saya dan saya hanya ingin melihat anda bermula dan saya juga tidak mengenakan charge yang berlebihan seperti supplier lain. Selain dari itu saya adalah sebahagia dari AKADEMI  yang menyediakan kelas asas blog untuk anda bermula secara online.

Sehingga berjumpa lagi, terima kasih sekali lagi sudi singgah di sini. 
Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb

PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><> 01136106291

Wednesday 4 June 2014

Hari yang nyaman, hari yang dipenuhi nikmat.

Teks:Nazurah Rahim
Foto:
Subjek: Catatan harian

Alhamdulilah,
Cuaca mendung indah dan sejuk.
Kicau burung buat hati rasa sungguh selesa.
Tiada hutan batu di persekitaran rumah.
Sekali sekala masih kelihatan anak lembut sesat ada di taman.

Nikmatnya dapat bekerja dari rumah, nikmat yang tak dapat nak ditulis atau melalui lantunan kata-kata. Nikmat rezeki bahagia.

Danial masih bersama ustaz dengan kem tahfiz di tasek luas dan jauh dari bandar, dapat sponsor katanya untuk anak-anak tahfiz bergembira sambil berilmu. Tiada cuti istimewa untuk anak tahfiz,ustaz tidak benarkan berlama-lama di rumah.

Naqiu dan amsyar pulang ke kampung, seronok benar dengan lembu dan kambing agaknya. Sudah hafal peta hutan kampung.

Ibu? hanya bermanja-manja dengan si kecil nayli zahraa sambil menulis.

Pagi indah alhamdulillah.Selamat datang pelajar baru jun 2014. Bergabung dengan kami 750 blog. 11 guru online dedikasi bertugas.

inbox untuk sebarang pertanyaan.

Nazurah.

Tuesday 27 May 2014

homemade Nasi mandy kambing yaman-arab

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim.
Subjek: homemade Nasi mandy kambing yaman-arab 

Salam semua untuk anda yang sudi dan selalu berkungjung ke halaman blog  naz, motivasi untuk suri hebat seperti anda.
Just drop malam ini untuk cerita simple tentang pes nasi arab yang memang menjadi "Pojaan hati ibu ".

Mudah, simple dan sedap!

Ya kali pertama sudah berjaya membuatnya, hanya dengan melihat arahan di belakang kotak saja. Mudah kan?

kesimpulanya pes nasi arab nie memanglah teramat sesuai untuk kita yang memang "zero" bab memasak nasi arab dan ianya sangat mudah untuk ibu yang bekerja atau mereka yang gemar mencuba menu baru. Satu pek cukup untuk keperluan hidangan 4-5 orang. Oh ya kambing tu saya masak dulu yer supaya lembut dan sedap.

Untuk mereka yang nak cuba resepi pes nasi arab nie boleh hubungi saya terus atau anda juga boleh terus whatsap saya seperti number yang tertera di bawah ok.

PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><NARAB> 01136106291

Saya sertakan sekali hasil yang saya cuba sendiri :) 
"Resepi citarasa mama"

Sehingga berjumpa lagi, terima kasih sekali lagi sudi singgah di sini. 
Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb

Monday 26 May 2014

Nikmat syurga, nikmat bahagia.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim.
Subjek: Riuh anak dengan mini home steamboat.

Alhamdulilah.
Anak-anak minta menu dinner favourite steamboat mini@home.

Ruang di depan rumah ini sengaja Saya dirikan untuk kegunaan family beriadah. Ada merdu irama kicau burung milik jiran dan pohon-pohon hijau.
Tempat untuk anak-anak bergurau senda. Indah gerimis malam!

Inilah ruang untuk dengar ketawa anak. Semoga kemesraan ini berkekalan ke Jannah dan semoga semua saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Ibu bersama akademi (ABDR)
Kami bantu realisasikan impian anda untuk berkerjaya dari rumah.
Maklumat lanjut:
PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><ABDR><INFO> 01136106291

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Friday 23 May 2014

Hilangnya rezeki si pengutip sampah.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Motivasi berniaga!

 Sahabat yang dirahmati ALLAH,

Rezeki memang akan selalu ada di mana-mana mengikut aturan yang telah ditetapkan. Tidak pernah terlewat pula menemui tuanya.
Melihat mereka yang mencari rezeki dengan mengutip bahan buangan atau lebih tepat "sampah" membuatkan hati insaf . Rezeki halal yang menjadi "punca rezeki pakcik dan makcik mungkin".

Sebetulnya ingin saya kongsikan di sini, sejak dari saya mendiami kawasan perumahan dan selama hampir 12 tahun pihak pemaju menyediakan tempat pembuangan " tong sampah " di hujung taman dan kesemua rumah akan pergi dan membuang segala apa yg mereka tidak perlu di situ dan akhirnya tempat ini menjadi 'Lubuk" rezeki kepada golongan yang menjadikan ini kerjaya utama mereka ataupun  rezeki pengutip sampah. Dijualnya kotak-kotak, tin-tin minuman dan sebagainya pagi dan petang.

Cerita ini sememangnya cerita biasa cuma sejak tiga minggu yang lalu pihak yang bertangungjawab membuat aturan baru di mana kami telah disediakan tong sampah baru disetiap rumah dan mereka datang mengutip setiap dua atau tiga hari sekali. Nah, si pengutip sampah tidak datang mengutip di setiap rumah!

Masih ada punca rezeki di situ ? Masihkah ada harapan di situ untuk mereka yang menjadikannya sumber rezeki utama? Kasihan benar saya pada makcik dan makcik itu, mungkin terpaksa mencari ditempat baru.

Logiknya di sini ialah kita sentiasa berfikir bahawa kita akan selalu akan kekal bersama bisnes atau sesuatu yang kita suka mungkin  dan mungkin juga kerjaya kita lalu kita alpa untuk membuat persediaan lain.
Anda masih menghayati cerita ini?

Sediakan sesuatu dikala kita masih selesa,
Motivasi untuk anda berniaga secara online. Kami cuba bantu anda melalui ABDR.
Maklumat lanjut:
PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><ABDR><INFO> 01136106291

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Kicauan burung pagi, Nikmat rezeki ALLAH!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan harian.

Salam pagi penuh kecerian buat sahabat, 

Kicauan burung membuai pagi yang indah.
Cuaca mendung menambah syahdu irama.
Riuh anak-anak berebut rezeki pagi hari. Indah!

Tangan laju dengan fresh idea segar. Apa nikmatnya selain dari dapat merasai nikmat ALLAH ini?. 

untuk suri yang mahukan advise atau kelas basic untuk anda mulakan bisnes online dari rumah, Sila pm saya.

Insyallah kami tunjukan satu persatu , anda mulakan dari "0".

Nota:online bisnes merealisasikan impian anda sebagai suri berbisnes dari rumah!

Maklumat lanjut:
PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><ABDR><INFO> 01136106291

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Tuesday 20 May 2014

Gapai bintang pagi!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan harian.

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,
Pagi mulia saya penuhi dengan jadual harian.Padat tepu!

Alhamdulilah rutin pertama telah Saya selesaikan seawal 7.10am. Gembiranya Hati dapat melihat si anak kesekolah setiap hari.

Jom jadi suri hebat Dari rumah. Pm untuk sertai akademi bekerja Dari rumah bersama mentor hebat Cikgu masayu Dan guru online Azura Abdullah..

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Wednesday 30 April 2014

Konflik suri, andainya di rumah tidak indah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan harian.

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,

Rutin harian telah hampir 50% saya siapkan, Sambil-sambil menjengah laptop:)
Bila menjadi suri di rumah rasanya 100% komitment kita lebih kepada keluarga.
Ramai yang hadapi stress bila saja berada di rumah sebagai suri. Mengapa?
Kita kekurangan masa untuk diri sendiri, kita mungkin juga tiada masa bersama sahabat-sahabat lama kita dan yang paling ditakuti kita tidak dapat memegang helaian duit gaji setiap bulan.
Apakah kita selalu membantu suami kita dengan keluar bekerja ataupun ianya lebih kepada memenuhi tuntutan peribadi atau "personal interest" kita?

Sedikit motivasi segar pagi,
Berbalik kepada nawaitu kita sendiri mengapa kita memilih jalan begini, Kalau bahagia yang kita cari maka bahagia jugalah yang akan kita rasai insyallah. Punya waktu bersama anak-anak bukanlah satu benda yang kita boleh buat pusingan semula, andainya kita terlepas maka kita terpaksa melepaskan selamanya. Tiada lagi pleuang untuk bersama mereka merasai indahnya kehidupan anak-anak masa kecil. Lalu kenapa kita perlu merasa stress?
Bukankah "value" masa itu yang kita cari ?
Alhamdulilah, saya merasai nikmat itu, syukur atas segala Nikmat rezeki yang ALLAH kurniakan. Lihat dulu apa yang kita perlu dan jangan sesekali melihat kehidupan orang lain sebagai cermin untuk kita. Ianya adalah sebagai biasan sahaja. Tidak penting untuk kita menjadi seperti mereka!
Semoga coretan ringkas ini memberi manfaat pada mereka yang pm dan tanya saya "pengalaman berhenti kerja ataupun bergelar "working from home mom".
Pada yang berminat dengan kelas AKADEMI (ABDR) , boleh pm saya.

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
30 April 2014 (Rabu)
===================

Wednesday 23 April 2014

Oh superhero!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim
Subjek: Catatan harian

Alhamdulilah, syukur dengan segala nikmat rezeki dari Allah.
Lebih-lebih lagi masih bernafas hingga saat dan ketika ini,
Sykur juga sebab line internet dah kembali mengikut kelajuan spec:)..puan Azura Abdullah..ambo sgtlah faham bila tenet slow bagai...working from home mom 1st requirement:)...

pada mr hero berhati-hati @ pergi pancing dengan sahabat handai, semoga selamat dan bawa balik ikan jenahak yg besar!

Untuk Hero malaya danial, semoga bertambah ilmu lepas habis kem tahfiz di penang @hari ke-3. Semoga danial jadi anak yang soleh dunia akhirat.

Untuk naqiu dan danish nanti mama pickup pukul 3, main bola kerangjang baik-baik ya.

untuk saya? selamat bekerja dengan nikmat dari rumah-AKADEMI@ABDR:)

http://nazurahabdulrahim.blogspot.com/

Salam kasih dari saya, Wasalam.

Nazurah rahim.