Tuesday 28 January 2014

International Halal Expo & Conference 2014

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.
Subjek: Catatan Harian


berniaga online

Assalamualaikum sahabat budiman, Salam kasih sayang.

Sibuknya saya sepanjang awal tahu baru 2014, januari bulan pertama untuk sesi persekolahan anak manja saya si danish. Anak yang besar semakin meningkat remaja dan sedang melalui fasa peralihan kehidupan. Masa berlalu terlalu pantas.

Just nak update tentang  International Halal Expo & Conference yang berlansung baru-baru nie selama  tiga hari di  Penang International Sports Arena (PISA). Memang bagus  dapat bawa anak-anak ke sini dan yang paling teruja melihat perkembangan ekonomi anak-anak melayu. Tahniah!

Kepada sahabat yang mungkin ada produk sendiri mungkin boleh sertai booth jualan untuk tahun berikutnya, cara untuk kita memperkenalkan produk keluaran kita yang menjurus kepada industri IKS.  Apa yang saya lihat bukan hanya makanan sahaja tetapi separuh daripada peserta adalah terdiri daripada peniaga kosmestik  dan barang keperluan lain. Mungkin expo ini menjadi lubuk rezeki untuk mereka. Alhamdulilah.

Sepangjang perjalanan ziarah booth jualan,  anak-anak telah dijamu dengan kenyang sekali dengan produk makanan yang disediakan sebagai "penarik" untuk mereka yang suka menikmati makanan dan seterusnya hatipun tertarik untuk "membeli" habis juga duit di dalam saku bapa. Terima kasih semua atas makanan yang disajikan.

Nota- Saya suka melayan anak-anak membuat apa yang mereka suka dan pastinya kalau sesuatu yang mereka boleh belajar Insyallah pasti saya penuhi permintaan. Beriadah sambil belajar perkara baru.



niaga online

berjaya online




Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
28 JAN 2014 (SELASA)
===================

Saturday 25 January 2014

Rimbun teduh kasih ibu corak kehidupan kita masa kini!

Teks:Nazurah Rahim

Foto: Carian Google.


bisnes part time



Assalamualaikum pembaca budiman,


Melihat ayat begitu membuatkan fikiran saya laju menerpa kenangan bersama ibu. Al-fatihah untuk ibu. Zaman kecil membawa bahagia, walaupun hanya menjadi penghuni sebuah desa yang dikelilingi pohon-pohon getah rimbun teduh. Tiada "Gadjet" mewah teman setia, tiada wang ringgit untuk dibelanja. Yang segar hanyalah kasih "ibu".

Apa perasaan kita dibelai oleh ibu setiap masa  sewaktu kecil? Ramai diantara kita sangat bahagia kerana setiap masa kita bersama ibu di rumah. Rumah adalah syurga kita sewaktu kecil kerana  kasih sayang ibu. Melihat kita membesar saban waktu tanpa jemu. Semunya bermula dari rumah dan lahirlah kita sebagai manusia yang masih mementingkan kasih sayang ibu di rumah. Yang mencorakkan kehidupan harian kita seterusnya menjadikan kita insan-insan yang mementingkan "keputusan isi rumah ". 

Tetapi apa yang berlaku sekarang? Saban waktu mungkin anak bermain di rumah orang lain, saban waktu mungkin anak menerima kasih pihak ketiga yakni bukan kita sebagai ibubapa.
Pada yang memilih untuk bersama keluarga. Tahniah!

Kasih anda akan kekal segar di minda anak anda. Insyallah! 

Bergelar " working at home mom " idaman suri hebat masa kini. Binalah kasih kita sepertimana ibu kita sentiasa mendidik kita sewaktu kecil. Pelajari sesuatu tentang ibu kita. Rahsia mereka membina keluarga bahagia  tanpa wang berjuta mungkin. Bahagia.

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
25 JAN 2014 (SABTU)
==================

Thursday 16 January 2014

Tidak bergaya hebat tidak mengapa "Working from home mom".

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.

kerjaya dari rumah


Assalamualaikum pembaca budiman,


Melihat kepada gambar yang saya paparkan, ternyata ia memberi maksud yang sangat mendalam.
Berbagai  takfsiran berligar-ligar memberi jawanpan kepada otak kita seterusnya membuatkan kita akan berfikir. Apa maksud sebenar?

Tidak salah untuk kita tafsirkan dalam bentuk apa jua terjemahan kepada kotak fikirn kita. Kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Gambar ini memberi banyak terjemahanya kepada saya sendiri. Minda segar saya jelas membuat tafsiran sendiri  Memilih untuk memiliki wang semasa bekerja ataupun menghabiskan banyak masa untuk berada di "kediaman" bersama anak-anak saya ? Suatu ketika  sebelum saya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian dari "work from home mom"  gambar ini saya letakkan di dalam skrin laptop saya untuk tatapan harian saya, motivasi untuk saya. Setiap hari saya tatap yang mana akan jadi pilihan saya. Masih saya ingat mata  sentiasa memandang ke arah kediaman dan serta merta otak terus menerkam jauh membawa saya pulang ke rumah melihat jernih  mata anak-anak saya. Keletah anak-anak bermain-main di minda. Telah lama saya tinggalkan mereka untuk kerjaya saya. Adakah apa yang saya hasilkan berbaloi? Adakah kerjaya saya membawa saya ke puncak?

Alhamdulilah. Keputusan itu  telah saya ambil dan masanya untuk saya nikmati dan pelajari sesuatu sekarang.  Bergelar "work at home mom ". Anak-anak membesar di hadapan saya. Satu Nikmat yang tak mungkin saya dapat gambarkan dengan kata-kata. Saya sediakan makanan untuk meraka . Mudahnya wanita mencari pahala. Tidak bergaya hebat tidak mengapa.  Pada anda yang memilih keputusan atau sedang menjurus ke arah itu keputusan anda besar ganjaranya. Ganjaran yang anda tidak nampak di dunia nyata.  


bisnes online



Ramai yang merasa keputusan ini bagaikan sesuatu yang amat salah. Entahlah sukar nak ditafsirkan kesalahan sebenar. Pandangan mata hati tidak sama dengan apa yang kita lihat secara kasar. Pada teman yang  masih dalam dilema setelah berhenti, kita di perjalanan baru yang menuntut  banyak kesabaran. Pandanglah sesuatu dengan  mata hati supaya kita akan nampak jalan lurus yang luas. Nah fasa hidup baru bersama anak-anak dan keluarga. Fasa hidup untuk berkerja dari rumah juga baru bermula. Matlamat sebenar kehidupan kita yang tentukan! Semoga kita sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
16 JAN 2014 (KHAMIS)
===================

Monday 13 January 2014

Nikmatnya bila di rumah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim
Subjek: Dunia realiti harian


kerjaya online

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi,

Alhamdulilah. Bersyukur kerana setiap hari saya lalui dengan hari-hari yang indah. Pertama kali  di medium blog  saya bercoleteh tentang dunia realiti  kehidupan saya. Kehidupan harian yang saya lalui sebagai ibu dan isteri sejak saya meletak jawatan kerjaya tetap saya dan memilih rumah sebagai syurga kehidupan saya.

Nikmatnya bila di rumah!
Ya. Seperti yang anda lihat inilah dunia harian saya. Selain dari menulis saya mencintai dunia masakan tapi yang "simple" saja ok. Layan dulu menu kesukaaan anak. Sambil menulis sambil masak.

Ayam goreng berempah!

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
13 JAN 2014 (ISNIN)
===============

Saturday 11 January 2014

Merancang untuk ke situasi sebenar, persediaan ke arah pengunaan medium media sosial!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


nazurah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih pada anda yang sudi singgah halaman saya yang tak seberapa, sekadar berkongsi tips asas untuk kita mulakan langkah ke arah "Berniaga secara online".  Kebiasaannya saya hanya akan menulis tips ringkas supaya senang diingati dan lebih mudah kita faham, bila sesuatu mudah untuk kita fahami maka lebih mudah untuk kita bertindak. Kebanyakkan yang ditulis pula adalah dari perkongsian saya sendiri atau sahabat dan juga bahan tulisan lain sebagai rujukan saya. Berniaga memerlukan banyak pengalaman yang terpaksa kita lalui sendiri supaya ia adalah guru terbaik untuk kita nanti. Guru yang bakal menunjukkan kita buruk baik cabang-cabang yang kita ceburi.

Berniaga tidak seperti di sekolah, belajar banyak lebih kepada teori tetapi dalam perniagaan memerlukan kita belajar banyak perkara dan berdaya saing. Berkembang dengan ilmu yang sentiasa hendak digali dan belajar mencari lubuk-lubuk tertentu supaya ia terus berkembang dan berkembang.

Pada tajuk sebelum ini, saya menyentuh tajuk "Dilema wanita yang ingin berhenti kerja dan menjadi "working from home mom ". Jadi apa pula persediaan anda selepas keputusan meninggalkan kerjaya lama anda ?
Pada yang masih dilema untuk berhenti kerjaya tetap anda boleh lihat teks penuh saya di sini:


Sebelum meninggalkan kerjaya tetap anda, sebaiknya persediaan awal telah anda lakukan. Perkara pertama untuk perniagaan online adalah persediaan  mengunakan kaedah utama seperti  medium media  sosial ini termasuk Website (Blog), Twitter,  facebook, fanpage dan sebagainya. Anda boleh mendapatkan khidmat pakar  sekiranya anda memerlukan asas untuk perkara-perkara di atas. Salah  satu tempat betul untuk anda buat rujukan atau tempat yang boleh membimbing anda adalah bersama Akademi bekerja dari rumah (WAHM). Antara kelas asas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Kelas Asas Blog & Penulisan
2. Kelas Asas Blog & Fanpage Mula Bisnes
3. Kelas Mudah.com
4. Kelas Penulisan Kreatif
5. Rakan Niaga/Pengurus Online
6. Kelas Akaun Bisnes Kecil



Belajar untuk bermula, merancang untuk ke situasi sebenar, langkah persediaan awal kita. Gunakan medium media sosial sebagai senjata strategi bisnes kita. Mulakan dari sekarang!


Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
11 JAN 2014 (SABTU)
===============

Friday 10 January 2014

Celoteh tahun 2014! Selamat datang tahun baru.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.
Subjek: Celoteh tahun 2014!

nazurah




Assalamualaikum pembaca budiman,

Celoteh tahun 2014!
Bersyukur kerana kita masih berkesempatan merasai nikmat kehidupan tahun baru. Bertambah umur bermakna bertambahlah rezeki kita di bumi ALLAH. Rezeki nafas dan udara  yang dipinjamkan kepada kita. ALLAHUAKBAR.


Selaras dengan usia kita maka bertambahlah juga segala tangungjawab kita sebagai seorang hamba dan mungkin juga kebanyakkan kita adalah ibubapa kepada anak-anak kita. Tahun baru berserta azam baru, seringkali juga azam yang masih bersisa di tahun lepas masih berbaki. Tidak mengapa sekiranya azam lama kita masih bersisa, azam lemau itu masih boleh kita perbaharui setiap tahun seperti baja yang terpaksa kita letak di pohon hijau.Nafas baru!


Bermulalah kita sebagai seorang yang lebih  bersemangat hari ini. Saling melengkapi antara satu sama lain. Bersepakat ke arah kebaikkan. Bermula dengan hijrah baru. Ramai yang memilih untuk berniaga. Trend Perniagaan apakah untuk tahun 2014? Anda yang tentukan!

Selamat datang tahun baru. Selamat datang juga pembaca budiman ke blog saya.

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
10 JAN 2014 (JUMAAT)
===============





Monday 6 January 2014

Dilema wanita yang ingin berhenti kerja dan menjadi "working from home mom ".

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.
tips niaga



Assalamualaikum pembaca budiman,


Alhamdulilah. Sekiranya kita sudah dapat membuat keputusan untuk bekerja dari rumah. Tentunya ini adalah nikmat bagi kita yang banyak menghabiskan masa di luar rumah dan tempat bekerja sebelum ini. Ramai yang sering mengajukan pertanyaan tentang keputusan untuk berhenti  kerja tetap dan seterusnya bagaimana nanti memilih kerjaya online menjadi agenda kerja utama.

Seringkali juga pertanyaan itu berunsur lebih kepada sudut ketidakpuasan hati dan kehidupan selepas berhenti kerja. Persoalannya adakah kita sudah cukup bersedia untuk berada di situasi itu?

Semestinya pertanyaan  itu seringkali saya sambut dengan sebuah senyuman. Ya ketakutan untuk mengambil risiko adalah sebab utama wanita tewas untuk menjadi suri hebat "working form home mom " . Secara tepatnya kita sentiasa dimomokkan dengan cerita yang kurang pasti.

Bagaimana mengatasi dilema yang memberi tekanan pada diri "Berhenti kerja atau teruskan bekerja"?
Sebaiknya kita berbalik kepada nawaitu asal kita berada di mana, bekerja  di luar lebih kepada konsep berbaloi ataupun memilih untuk berada di sisi keluarga lebih terasa selesanya. Anda yang tentukan!

Tentunya soalan ini sudah lama anda fikirkan dan menjadi  dilema yang bermain-main di fikiran. Pastinya anda juga sukar sekali membuat keputusan yang tepat.

Antara tips untuk anda yang mungkin dalam dilema menjadi " working from home mom" :

*Berbalik kepada nawaitu anda sendiri, tujuan sebenar untuk berhenti kerja. Pilihan bijak di tangan anda.

*Pastikan anda ada sedikit simpanan tetap yang boleh anda gunakan ketika anda susah ( hanya persediaan awal)

*Sekiranya anda memilih untuk berhenti dan bekerja dari rumah sebaiknya bercakaplah dengan seseorang yang telah menjurus ke arah itu. Pandangan berbeza mungkin boleh anda jadikan panduan.
(Seringkali kesalahan yang dibuat ialah kita semua  bercakap dan dapatkan pandangan yang salah dari orang yang misinya sangat berbeza dengan kita ). Anda hanya mendengar yang negative sahaja kerana mereka tidak pernah melaluinya.

*Mungkin anda sudah atau sedang membuat persediaan untuk melakukan sesuatu setelah anda berhenti nanti. ( Cuba fikirkan produk yang sesuai sekiranya berbisnes secara online menjadi pilihan utama" )

*Kenal pasti mentor yang boleh membimbing anda nanti. (Orang hebat sudah pasti ada mentor hebat disebaliknya).

*Buat persediaan dari segi fizikal dan mental.

* Cuba berkawan dengan sahabat-sahabat yang boleh menjurus kepada idea bisnes, dari situ anda dapat mencari ilmu.

asas niaga


7 tips itu tadi boleh kita aplikasikan sebagai persediaan awal  ke arah "working from home mom ". Keputusan yang kita buat nanti bakal merubah perjalanan yang sedia ada. Bersikap lebih terbuka untuk menerima ilmu baru  tentunya memberi ruang kehidupan lebih selesa nanti. INSYALLAH.

Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar perkongsian pendek dari saya.


Salam kasih dari saya,

Wasalam.

Nazurah rahim6 JAN 2014 (ISNIN)===============


Saturday 4 January 2014

Tips persediaan Pengurusan masa ketika bekerja secara online dari rumah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


tips masa

Assalamualaikum pembaca budiman,

Bagaimanakah seharian nanti kita akan menguruskan masa  sambil bekerja di rumah? Adakah kita seorang yang gagal untuk mengurus masa dengan baik?
Pengurusan masa kerja yang bijak dapat memberi kita lebih masa untuk menikmati hidup! Antara yang paling "challenging" bagi para suri yang berkerja dari rumah ialah "pengurusan masa yang baik" 

Menguruskan masa seperti mana kita bekerja dahulu dan adakalanya kita akan tengelam jauh dengan kerja harian rutin isteri dan ibu. Ini sering membuatkan kita gagal untuk mengikut jadual waktu bekerja di rumah. 

Antara tips yang kita boleh guna pakai untuk persediaan kita sebagai ibu yang bekerja dari rumah:

1.Berapa lama masa yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti.
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu kita menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan membantu untuk kita sesuaikan dengan diri sendiri.

2.Wujudkan tempat kerja yang selesa.
Pastikan meja atau tempat kerja kita selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya). Baru kita akan bekerja dengan mood dan  Persekitaran aura positive.

3.Hasilkan senarai tugas.
Senarai tersebut membolehkan kita  memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan yang mana patut didahulukan, 
~contohnya kita terpaksa sediakan makanan untuk tengahari dahulu supaya anak-anak dapat makan ketika pulang dari sekolah baru kita mulakan sesi tugasan online.

4.Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu.
masa terbaik untuk mengatasi masalah atau kerja-kerja yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah kita berasa lebih segar dan otak lebih cergas! Waktu pagi waktu segar.

5.Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu.
Masa bersembang, menjamu kopi, melayari facebook atau sebagainya... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi kita untuk bekerja.


Sebagai suri hebat yang bekerja dari rumah nanti,  seringkali tugas harian kita sering diganggu oleh tugas-tugas lain seperti urusan di bank, urusan anak-anak, keperluan harian rumah dan sebagainya. Peruntukkan sekali seminggu untuk menguruskan tugas-tugas tersebut. 

Pilihan terbaik ditangan kita manfaatkan masa yang ada! Masa yang patut kita nikmati bersama keluarga tercinta setelah beberapa tahun nikmat itu tidak dapat kita rasai.


Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
4 JAN 2014 (SABTU)
===============