Saturday 28 June 2014

Selamat datang bulan mulia.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian google
Subjek: Catatan harian




As-salam semua sahabat.

Tahun nie tahun ketiga tanpa ibu dan ayah, masih hangat terasa pemergian mereka berdua.

Masih hangat rasa kasih yang saya bawa sampai sekarang,
masih mesra senyum manja ibu melekat di minda,
masih segar kasih ayah hingga ke hayat nyawa.

Mereka pergi jua mengadap kasih Ilahi, mereka pergi jua walaupun sayang saya sejuta kali, Kasih Allah itu lebih besar dari kasih saya.

Semoga roh ayah ibu tenang dan aman di sana, suatu hari nanti kami jua pasti menyusul, 

Pada yang masih ada ibuayah, jenguklah mereka, sepatah dua kabar berita cukup mengembirakan mereka, apalah ertinya puasa pada mereka yang masih merasa kasih ayah ibu jauh dari hidup mereka?
perkara kecil yang mungkin membuat kedua pihak terasa, namum siapalah kita untuk jauhkan diri dari ibuayah.

Nasihat ikhlas saya pada yang rasa kasih ayahibu hanya sebahagian mimpi ngeri, yang merasa perlu ada kemenangan antara ibuayah, yang rasa tak sanggup nak turun tanah mohon ampun ibuayah. Berpijaklah di bumi nyata.

Ayah dan ibu pasti pergi jua dan mana mungkin kata ampun akan keluar dari tanah kubur andainya kita perlukan kematian sebagai sandaran ampun untuk orang yang paling mahal nilainya.

Al-fatihah untuk kedua ibubapa saya.

Ramadhan bulan mulia, hebat kasih sayang Allah waktu ini.
sehebat kasih ibu dan ayah pada kita.

#Salamkasihbuatsemua

Friday 27 June 2014

cuma orang positive tidak sesuai berada di persekitaran orang negative!

Teks:Nazurah Rahim
Foto; N/A
Subjek: Catatan harian



Berbaik sangkalah dengan setiap apa yang kita nampak, sentiasa positive.
Jangan bawa perangai anda yang cantik molek., berpangkat tinggi di luar rumah atau bisnes. Rosak!

Kalau kurang kawan lihat pula kawan lain yang banyak kawan, bagimana pula kawan sebelah melangkah penuh gaya bersahaja, baikkah dia ?

Orang positive sentiasa positive menerima kebaikan atau keburukan, cuma orang positive tidak sesuai berada di persekitaran orang negative.

#mulakanpagiindahpositive



selamat pagi cinta hati!

Thursday 26 June 2014

Tetamu istimewa, tetamu syurga. Dunia suri di rumah!


Teks:Nazurah Rahim
Foto; Nazurah
Subjek: Catatan harian



Pagi ceria Bersama nayli zahraa,

Alhamdulilah dengan segala nikmat Rezeki Dari Allah, tetamu istimewa ini tidak kami undang Dan tidak pula kami jadikan Dia pelarian. Anak-anak melayan mesra Dan kini si ibu dah melahirkan anak-anak istimewa pula. Comel belaka.

Entah kucing siapa datang bertandang menjadi tetamu tetap pula, mahu dihantar pulang tapi pada siapa?
Tadah tangan syukur atas Rezeki yang kami kongsi bersama mereka. Tetamu Allah ini akan kami pelihara tanpa sempadan Kasih. Insyallah.






Sehingga berjumpa lagi, terima kasih Jom sembang bersama saya,

Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb


PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><> 01136106291

Tuesday 24 June 2014

Dunia itu milik saya!


Teks:Nazurah Rahim
Foto; Nazurah
Subjek: Catatan harian





Sahabat yang dirahmati ALLAH,

Rindu benar untuk melihat halaman istana milik saya ini, bersawang rasanya habuk-habuk yang hinggap di blog maya ini. For those yang sudi singgah insyallah saya akan terus consistent menulis nanti dan terima kasih kerana masih bersama saya.

Saya akan terus menulis semula tips dan motivasi basic untuk anda mula melangkah ke alam niaga. Doakan saya terus menjadi sebahagian dari kehidupan anda, Insyallah.


Yang baru singgah boleh kenali saya lebih dekat,
saya membantu anda  yang berminat untuk membuat bisnes telekung ,anda boleh dapatkan sebut harga dari saya dan saya hanya ingin melihat anda bermula dan saya juga tidak mengenakan charge yang berlebihan seperti supplier lain. Selain dari itu saya adalah sebahagia dari AKADEMI  yang menyediakan kelas asas blog untuk anda bermula secara online.


Sehingga berjumpa lagi, terima kasih sekali lagi sudi singgah di sini. 
Add naz di fb:
http://on.fb.me/1m99Zyb


PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><> 01136106291





Wednesday 4 June 2014

Hari yang nyaman, hari yang dipenuhi nikmat.


Teks:Nazurah Rahim
Foto:
Subjek: Catatan harian




Alhamdulilah,
Cuaca mendung indah dan sejuk.
Kicau burung buat hati rasa sungguh selesa.
Tiada hutan batu di persekitaran rumah.
Sekali sekala masih kelihatan anak lembut sesat ada di taman.


Nikmatnya dapat bekerja dari rumah, nikmat yang tak dapat nak ditulis atau melalui lantunan kata-kata. Nikmat rezeki bahagia.

Danial masih bersama ustaz dengan kem tahfiz di tasek luas dan jauh dari bandar, dapat sponsor katanya untuk anak-anak tahfiz bergembira sambil berilmu. Tiada cuti istimewa untuk anak tahfiz,ustaz tidak benarkan berlama-lama di rumah.

Naqiu dan amsyar pulang ke kampung, seronok benar dengan lembu dan kambing agaknya. Sudah hafal peta hutan kampung.

Ibu? hanya bermanja-manja dengan si kecil nayli zahraa sambil menulis.

Pagi indah alhamdulillah.Selamat datang pelajar baru jun 2014. Bergabung dengan kami 750 blog. 11 guru online dedikasi bertugas.

inbox untuk sebarang pertanyaan.


Nazurah.