Friday 23 May 2014

Hilangnya rezeki si pengutip sampah.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Motivasi berniaga!



 Sahabat yang dirahmati ALLAH,

Rezeki memang akan selalu ada di mana-mana mengikut aturan yang telah ditetapkan. Tidak pernah terlewat pula menemui tuanya.
Melihat mereka yang mencari rezeki dengan mengutip bahan buangan atau lebih tepat "sampah" membuatkan hati insaf . Rezeki halal yang menjadi "punca rezeki pakcik dan makcik mungkin".

Sebetulnya ingin saya kongsikan di sini, sejak dari saya mendiami kawasan perumahan dan selama hampir 12 tahun pihak pemaju menyediakan tempat pembuangan " tong sampah " di hujung taman dan kesemua rumah akan pergi dan membuang segala apa yg mereka tidak perlu di situ dan akhirnya tempat ini menjadi 'Lubuk" rezeki kepada golongan yang menjadikan ini kerjaya utama mereka ataupun  rezeki pengutip sampah. Dijualnya kotak-kotak, tin-tin minuman dan sebagainya pagi dan petang.

Cerita ini sememangnya cerita biasa cuma sejak tiga minggu yang lalu pihak yang bertangungjawab membuat aturan baru di mana kami telah disediakan tong sampah baru disetiap rumah dan mereka datang mengutip setiap dua atau tiga hari sekali. Nah, si pengutip sampah tidak datang mengutip di setiap rumah!

Masih ada punca rezeki di situ ? Masihkah ada harapan di situ untuk mereka yang menjadikannya sumber rezeki utama? Kasihan benar saya pada makcik dan makcik itu, mungkin terpaksa mencari ditempat baru.

Logiknya di sini ialah kita sentiasa berfikir bahawa kita akan selalu akan kekal bersama bisnes atau sesuatu yang kita suka mungkin  dan mungkin juga kerjaya kita lalu kita alpa untuk membuat persediaan lain.
Anda masih menghayati cerita ini?


Sediakan sesuatu dikala kita masih selesa,
Motivasi untuk anda berniaga secara online. Kami cuba bantu anda melalui ABDR.
Maklumat lanjut:
PM atau terus whatsapp atau sms ke:
<Nama><ABDR><INFO> 01136106291





Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.


No comments:

Post a Comment