Sunday 23 February 2014

Mahu jadi pensil yang boleh menulis atau kertas yang diconteng!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah  Rahim
Subjek: motivasi kehidupan




Segalanya mungkin tidak sepertimana yang kita rancangkan tapi aturan ALLAH itu lebih baik dari apa yang kita jangkakan. Salam kasih pada yang singgah di halaman penulisan saya.

Belajar dan terus belajar akan membawa kita kepada ilmu yang tak mungkin kita jangkakan. Saya sendiri mempunyai banyak mentor dalam medan bisnes mahupun untuk keperluan kehidupan harian kita. Belajar dan lakukan.

Sedikit perkongsian dari guru saya-puan rozi sharey (Tulian sebenar tanpa edit ya :) 

Entrepreneur Lesson
Tak guna ke sana sini pergi seminar cari ilmu untuk berjaya, kalau ASASnya tak betul.

Apa ASASnya?
‪#‎Sikap‬

Kalau masih ada sikap;
○Malas.Malu (Mesti super duper rajin). Muka belum tebal
○Tak sanggup korban tenaga, masa & apa2 yg perlu dikorbankan dahulu untuk kesenangan kemudian
○Tidak bersungguh
○Bangun pagi pun lewat. (Org2 berjaya bangun seawal 5 pagi.)
○Buat sambil lewa
○Tidak memperbaiki kemahiran/produk
○Ego
○Tak habis

Semua karakter ini perlu diPAKSA untuk diBENTUK. Tiada orang atau tools, boleh "masukkan" karakter ini dalam diri kita.



Benarlah apa yang disampaikan. Tak banyak pasti sedikit yang akan melekat kemas di kotak minda. Semuanya bermula dari "SIKAP" kita yang mendorong kita menjadi apa yang sepatutnya. Mahu jadi pensil yang boleh menulis atau kertas yang diconteng!


Saya menulis dan saya lakukan!



Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:


Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
23 FEB 2014 (AHAD)
===================

Wednesday 19 February 2014

Saya menulis dan saya lakukan!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah  Rahim
Subjek: Catatan harian




Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,

Bertemu jua dipagi yang indah di halaman medium blog saya. Kekangan masa banyak membataskan saya untuk bersama anda.  Masih mempunyai momentum segar untuk menulis cuma kekangan masa banyak membataskan saya tapi insyallah saya akan cuba berperang dengan jadual waktu saya sendiri.
Akan cuba kembali kepada jadual dan rutin biasa sambil memenuhi azam 2014.

Bekerja dari rumah sememangnya menuntut banyak masa kita untuk keluarga dan bersesuaian  nawaitu sebenar di rumah ialah untuk membayar kembali harga untuk nilai waktu anak-anak. Saya sedang membayar!

Alhamdulilah rezeki yang kunjung tiba pada tahun 2014 dan sasaran untuk tahun 2014 semakin dekat dihati.
Semoga kita semua sentiasa diberkati ALLAH.

Saya menulis dan saya lakukan!



Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
19 FEB 2014 (RABU)
===================

Tuesday 11 February 2014

Hasil menjual kerana minat, lakukan untuk wang saku anda-Part 2

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.
Subjek: Nazurah Rahim





Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,

Bertemu kembali di halaman blog@tempat untuk saya menyajikan sesuatu yang ringkas untuk tatapan ilmu yang kita dapat berkongsi sesuatu. Tahun baru lebih sibuk dari apa yang saya jangkakan sebelum ini kerana minat saya terhadap perniagaan dari rumah  tidak pernah berhenti. Saya berkongsi sesuatu yang saya lakukan kerana minat dan akhirnya minat itu juga memberi pendapatan sampingan kepada saya. Ya lakukan sesuatu kerana minat. Menjana pemdatan sampingan dengan focus yang betul.

Produk cetusan untuk idea  wang saku sampingan.

Alhamdulilah produk kesihatan "pure glutathione " ataupun lebih dikekenali sebagai "stem cell"  dan ianya 10x lebih berkesan. Sememangnya saya telah mengamalkan pengambilannya sejak lebih 2 bulan yang lalu dan ada  sahabat  bertanya apa fungsi gluta terhadap kita? pada saya ianya adalah satu produk yang sangat memberi kesan pada saya seawal 7 hari pengambilan secara teratur dan kesan terhadap kulit memang terasa benar, kulit menjadi lembut dan mencerahkan muka, tetapi ianya bukanlan sekadar untuk mencantikkan luaran tetapi ianya adalah amat sesuai untuk penjagaan dalaman tubuh badan kita. Ianya membantu tubuh badan kita membentuk sel-sel baru dan dapat mengelakkan kanser terutamanya wanita di luar sana. Disarankan juga pada pesakit yang tengah atau sedang menajalani rawatan kimo. Produk wajib untuk kekal sehat pada wanita atau lelaki aktif yang pentingkan kesihatan.



Manfaat Glutathione keluaran Qmg kepada tubuh: *Sangat bagus untuk wanita berusia 40 tahun ke atas
*Bekas atlit  sukan yang aktif sukan
*perokok tegar atau peminum minuman berkafien & berakohol 
*Lelaki yang kurang daya tahan.
*pesakit yang mempunyai masalah hati, katarak atau menjalani pembedahan, kimo dan  penyakit kulit.
*Untuk membantu wanita kekal cantik dalaman & luaran.





Sedikit info di atas mungkin boleh membantu anda yang memerlukan atau sedang mencari produk untuk diri anda atau keluarga. Saya lakukan kerana minat dan saya kongsikan kerana manfaatnya.
Berbalik kepada tajuk sebagai panduan untuk kita memulakan sesuatu perniagaan secara online. Bermula hanya kerana minat dan jadikan pendapatan sampingan anda. Saya menulis dan saya lakukan!

Pada yang berminat untuk mencuba sila berhubung terus dengan saya melalui:
*Email Admin: pn.nazurah@gmail.com
*SMS/Wechat or call 019-5756083.


Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
11 FEB 2014 (SELASA)
===================

Monday 3 February 2014

Hasil menjual kerana minat, lakukan untuk wang saku anda!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.
Subjek: Catatan Harian



berniaga secara online


Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,

Cuti pangjang sempena "chinese new year" membuatkan ramai orang sibuk melayan anak-anak dan juga melangsaikan perkara-perkara yang masih ditanguhkan. 
Cuti sekolah juga akan kita manfaatkan sebaik mungkin untuk hobby atau minat-minat terpendam kita bukan? Minat kita juga yang  mungkin boleh membantu kita dari segi kewangan. Hebat!


Berkongsi tentang minat,
Minat dan wang, benda yang paling rapat dan mendatangkan keseronokan kerana kita melakukan sesuatu kerana minat, sudah pasti juga ia tidak akan  mengundang jemu bertandang. Saya memang seorang yang mengemari dunia masakan dan pastinya minda segar saya sentiasa berputar dengan idea baru tentang dunia masakan. Seringkali juga anak-anak meminta saya menyediakan sesuatu untuk mereka jual di sekolah atau semasa majlis atau acara tertentu. 

Menu nasi lemak adalah menu mudah untuk kita sediakan tapi pasti mengundang kegembiraan pada anak-anak ketika menjual. Kaedah mendidik anak untuk berniaga dan pastinya bermula dari "minat".
Jualan nasi lemak yang saya sediakan selalunya mendapat sambutan laris dari pelanggan. Yang turun padang menjual hanyalah anak-anak sempena sesi latihan untuk berniaga. Tahniah buat anak.

Kesimpulan dari catatan ringkas saya,

"Minat mendatangkan keuntungan  kepada kedua pihak ibu dan anak" 

Itulah dunia realiti kehidupan saya, perkara mudah untuk saya  apdatasikan pada anak-anak dan kewangan saya. Hanya kerana minat! 

Nota:~ yang nak membuat tempahan sila hubungi saya-kulim dan area sekitar :). Insyallah.



jana income

tips niaga





Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
2 FEB 2014 (ISNIN)
===================