Showing posts with label Panduan perniagaan online. Show all posts
Showing posts with label Panduan perniagaan online. Show all posts

Saturday, 11 January 2014

Merancang untuk ke situasi sebenar, persediaan ke arah pengunaan medium media sosial!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


nazurah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih pada anda yang sudi singgah halaman saya yang tak seberapa, sekadar berkongsi tips asas untuk kita mulakan langkah ke arah "Berniaga secara online".  Kebiasaannya saya hanya akan menulis tips ringkas supaya senang diingati dan lebih mudah kita faham, bila sesuatu mudah untuk kita fahami maka lebih mudah untuk kita bertindak. Kebanyakkan yang ditulis pula adalah dari perkongsian saya sendiri atau sahabat dan juga bahan tulisan lain sebagai rujukan saya. Berniaga memerlukan banyak pengalaman yang terpaksa kita lalui sendiri supaya ia adalah guru terbaik untuk kita nanti. Guru yang bakal menunjukkan kita buruk baik cabang-cabang yang kita ceburi.

Berniaga tidak seperti di sekolah, belajar banyak lebih kepada teori tetapi dalam perniagaan memerlukan kita belajar banyak perkara dan berdaya saing. Berkembang dengan ilmu yang sentiasa hendak digali dan belajar mencari lubuk-lubuk tertentu supaya ia terus berkembang dan berkembang.

Pada tajuk sebelum ini, saya menyentuh tajuk "Dilema wanita yang ingin berhenti kerja dan menjadi "working from home mom ". Jadi apa pula persediaan anda selepas keputusan meninggalkan kerjaya lama anda ?
Pada yang masih dilema untuk berhenti kerjaya tetap anda boleh lihat teks penuh saya di sini:


Sebelum meninggalkan kerjaya tetap anda, sebaiknya persediaan awal telah anda lakukan. Perkara pertama untuk perniagaan online adalah persediaan  mengunakan kaedah utama seperti  medium media  sosial ini termasuk Website (Blog), Twitter,  facebook, fanpage dan sebagainya. Anda boleh mendapatkan khidmat pakar  sekiranya anda memerlukan asas untuk perkara-perkara di atas. Salah  satu tempat betul untuk anda buat rujukan atau tempat yang boleh membimbing anda adalah bersama Akademi bekerja dari rumah (WAHM). Antara kelas asas yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Kelas Asas Blog & Penulisan
2. Kelas Asas Blog & Fanpage Mula Bisnes
3. Kelas Mudah.com
4. Kelas Penulisan Kreatif
5. Rakan Niaga/Pengurus Online
6. Kelas Akaun Bisnes Kecil



Belajar untuk bermula, merancang untuk ke situasi sebenar, langkah persediaan awal kita. Gunakan medium media sosial sebagai senjata strategi bisnes kita. Mulakan dari sekarang!


Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
11 JAN 2014 (SABTU)
===============

Monday, 6 January 2014

Dilema wanita yang ingin berhenti kerja dan menjadi "working from home mom ".

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.
tips niaga



Assalamualaikum pembaca budiman,


Alhamdulilah. Sekiranya kita sudah dapat membuat keputusan untuk bekerja dari rumah. Tentunya ini adalah nikmat bagi kita yang banyak menghabiskan masa di luar rumah dan tempat bekerja sebelum ini. Ramai yang sering mengajukan pertanyaan tentang keputusan untuk berhenti  kerja tetap dan seterusnya bagaimana nanti memilih kerjaya online menjadi agenda kerja utama.

Seringkali juga pertanyaan itu berunsur lebih kepada sudut ketidakpuasan hati dan kehidupan selepas berhenti kerja. Persoalannya adakah kita sudah cukup bersedia untuk berada di situasi itu?

Semestinya pertanyaan  itu seringkali saya sambut dengan sebuah senyuman. Ya ketakutan untuk mengambil risiko adalah sebab utama wanita tewas untuk menjadi suri hebat "working form home mom " . Secara tepatnya kita sentiasa dimomokkan dengan cerita yang kurang pasti.

Bagaimana mengatasi dilema yang memberi tekanan pada diri "Berhenti kerja atau teruskan bekerja"?
Sebaiknya kita berbalik kepada nawaitu asal kita berada di mana, bekerja  di luar lebih kepada konsep berbaloi ataupun memilih untuk berada di sisi keluarga lebih terasa selesanya. Anda yang tentukan!

Tentunya soalan ini sudah lama anda fikirkan dan menjadi  dilema yang bermain-main di fikiran. Pastinya anda juga sukar sekali membuat keputusan yang tepat.

Antara tips untuk anda yang mungkin dalam dilema menjadi " working from home mom" :

*Berbalik kepada nawaitu anda sendiri, tujuan sebenar untuk berhenti kerja. Pilihan bijak di tangan anda.

*Pastikan anda ada sedikit simpanan tetap yang boleh anda gunakan ketika anda susah ( hanya persediaan awal)

*Sekiranya anda memilih untuk berhenti dan bekerja dari rumah sebaiknya bercakaplah dengan seseorang yang telah menjurus ke arah itu. Pandangan berbeza mungkin boleh anda jadikan panduan.
(Seringkali kesalahan yang dibuat ialah kita semua  bercakap dan dapatkan pandangan yang salah dari orang yang misinya sangat berbeza dengan kita ). Anda hanya mendengar yang negative sahaja kerana mereka tidak pernah melaluinya.

*Mungkin anda sudah atau sedang membuat persediaan untuk melakukan sesuatu setelah anda berhenti nanti. ( Cuba fikirkan produk yang sesuai sekiranya berbisnes secara online menjadi pilihan utama" )

*Kenal pasti mentor yang boleh membimbing anda nanti. (Orang hebat sudah pasti ada mentor hebat disebaliknya).

*Buat persediaan dari segi fizikal dan mental.

* Cuba berkawan dengan sahabat-sahabat yang boleh menjurus kepada idea bisnes, dari situ anda dapat mencari ilmu.

asas niaga


7 tips itu tadi boleh kita aplikasikan sebagai persediaan awal  ke arah "working from home mom ". Keputusan yang kita buat nanti bakal merubah perjalanan yang sedia ada. Bersikap lebih terbuka untuk menerima ilmu baru  tentunya memberi ruang kehidupan lebih selesa nanti. INSYALLAH.

Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar perkongsian pendek dari saya.


Salam kasih dari saya,

Wasalam.

Nazurah rahim6 JAN 2014 (ISNIN)===============


Saturday, 4 January 2014

Tips persediaan Pengurusan masa ketika bekerja secara online dari rumah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


tips masa

Assalamualaikum pembaca budiman,

Bagaimanakah seharian nanti kita akan menguruskan masa  sambil bekerja di rumah? Adakah kita seorang yang gagal untuk mengurus masa dengan baik?
Pengurusan masa kerja yang bijak dapat memberi kita lebih masa untuk menikmati hidup! Antara yang paling "challenging" bagi para suri yang berkerja dari rumah ialah "pengurusan masa yang baik" 

Menguruskan masa seperti mana kita bekerja dahulu dan adakalanya kita akan tengelam jauh dengan kerja harian rutin isteri dan ibu. Ini sering membuatkan kita gagal untuk mengikut jadual waktu bekerja di rumah. 

Antara tips yang kita boleh guna pakai untuk persediaan kita sebagai ibu yang bekerja dari rumah:

1.Berapa lama masa yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti.
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu kita menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan membantu untuk kita sesuaikan dengan diri sendiri.

2.Wujudkan tempat kerja yang selesa.
Pastikan meja atau tempat kerja kita selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya). Baru kita akan bekerja dengan mood dan  Persekitaran aura positive.

3.Hasilkan senarai tugas.
Senarai tersebut membolehkan kita  memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan yang mana patut didahulukan, 
~contohnya kita terpaksa sediakan makanan untuk tengahari dahulu supaya anak-anak dapat makan ketika pulang dari sekolah baru kita mulakan sesi tugasan online.

4.Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu.
masa terbaik untuk mengatasi masalah atau kerja-kerja yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah kita berasa lebih segar dan otak lebih cergas! Waktu pagi waktu segar.

5.Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu.
Masa bersembang, menjamu kopi, melayari facebook atau sebagainya... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi kita untuk bekerja.


Sebagai suri hebat yang bekerja dari rumah nanti,  seringkali tugas harian kita sering diganggu oleh tugas-tugas lain seperti urusan di bank, urusan anak-anak, keperluan harian rumah dan sebagainya. Peruntukkan sekali seminggu untuk menguruskan tugas-tugas tersebut. 

Pilihan terbaik ditangan kita manfaatkan masa yang ada! Masa yang patut kita nikmati bersama keluarga tercinta setelah beberapa tahun nikmat itu tidak dapat kita rasai.


Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
4 JAN 2014 (SABTU)
===============

Monday, 23 December 2013

Apa produk paling laris untuk pasaran online?

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.

produk laris

Assalamualaikum pembaca budiman,

Melihat kepada potensi pasaran  yang luas mengenai dunia perniagaan online membuatkan hati terpanggil untuk bermula sebagai sebahagian dari pengusaha. Namun haruskah kita bermula dengan hanya mengikut sahaja tanpa bekalan ilmu. Ya ilmu tak akan  datang bergolek-golek dan tidak akan habis sehari, ilmu sentiasa perlu dituntut dan semakin kita akan temui banyak kekurangan dan pengetahuan kita tentang ilmu perniagaan online dan apa sahaja.

Kenapa kita harus memilih dunia perniagaan online?

"Di Malaysia, daripada 13 juta pengguna Facebook, kira-kira 25 hingga 30 peratus yakin menjadi pelanggan kepada produk dijual yang dijual secara  'online'. Itu baru medium facebook sahaja bagimana pula dengan blog dan sebagainya"
   
Mata semakin luas membaca tajuk-tajuk yang berkaitan dunia perniagaan. Online atau offline matlamatnya tetap sama "menjana pendapatan"  cuma konsepnya berbeza antara satu sama lain.
Semestinya untuk bermula kita memerlukan ilmu-ilmu yang kita boleh aplikasikan untuk perniagaan kita nanti. Perkara pertama untuk bermula seharusnya adalah produk bagi yang belum mempunyai sebarang bentuk produk untuk dijualkan. 


Apa produk paling laris untuk pasaran online?



Untuk menjimatkan masa kajian anda, berikut saya senaraikan Top kategori produk dan perkhidmatan di internet yang boleh dijalankan. Anda boleh jadikan sebagai panduan anda untuk bermula.


.Pakaian/Fesyen
.Makanan 
.Barangan kanak-kanak
.Barang kemas atau aksesori wanita.
.Elektronik .
.Perkakasan dan perisian komputer .
.VCD dan DVD.
.Buku.
.Kad ucapan.
.Perkakasan/perhiasan rumah
.Makanan Kesihatan.
.Pelancongan.
.Kenderaan.
 Hartanah.
.Trading.
.Muzik

Lihat senarai di atas, Barang keperluan yang sentiasa kita guna dan kebanyakan penguna yang masanya sangat berharga memilih medium online untuk membeli kerana mudah dan cepat. Sebagai penguna kita selalu mencari sesuatu yang unik dan servis yang bagus ketika membeli sesuatu di layar  internet. Inilah waktunya untuk anda mulakan sesuatu dengan apa yang anda ada dan dengan daya Kreativiti tersendiri. Sebaiknya anda memilih produk yang 
anda mempunyai pengetahuan
tentangnya, mungkin ianya datang dari minat anda terhadap product tersebut
contohnya anda sekarang sedang menghasikan makanan seperti kek dan  sekarang 
anda cuma perlukan kretiviti anda untuk menukar medium perniagaan secara online.
Pasaran terbuka luas untuk anda,

Ringkasnya medium online hanyalah tempat atau tapak untuk kita melebar sayap 
dengan matlamat tujuan utama" " menjana pendapatan ".
Merancang sebelum bermula dengan sedikit perkongsian ilmu. 

Semoga mendapat sedikit  manfaat dari perkongsian saya.
Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
23 DEC 2013 (ISNIN)

Wednesday, 18 December 2013

Berniaga ibarat menyemai benih pokok



Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.

http://nazurahabdulrahim.blogspot.com/
Assalamualaikum pembaca budiman,

Mengapa kita digalakkan berniaga? Mengapa kita disuruh berniaga sekalipun kita sudah berada di awan pelangi. Ya kita memang dituntut untuk berniaga kerana  perniagaan sunnah nabi & perniagaan juga dituntut dalam islam manakala 9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga”. Hebat bukan. 

Ramai orang berada di zon yang sangat selesa dan ramai orang fikir mereka sudah cukup perbelanjaan dan tidak akan mengalami masalah kewangan lagi. Adakah kita sudah membuat perkiraan terhadap perbelanjaan kita untuk kehidupan kita 10 tahun yang akan datang? Apakah kita juga sudah mempersiapkan sesuatu mungkin untuk generasi kita?

Berniaga ibarat menanam pokok yang hasilnya mungkin untuk kehidupan yang akan datang. Hasil tuaian untuk anak cucu kita, jesteru kenapa kita tidak melebarkan sayap untuk empayar perniagaan malah seringkali kita takutkan diri sendiri. Tiada sesuatu yang mustahil. Berhenti dari menjadi seorang yang takut.

Dahulunya mungkin sekiranya ditanya kenapa saya berniaga?
Jawapanya: "Saya berniaga sebab saya hanya mahu bayar segala hutang piutang"

Nah bertapa miskinnya minda saya ketika itu, saya hanya berniaga dengan niat untuk membayar hutang. Tentulah saya tersasar jauh dari segala sudut dan tujuan sebenar perniagaan dimana niat sebenar saya sudah jauh terpesong. Perniagaan adalah Sunnah dan kita seharusnya memasang niat melakukan atau memulakan perniagaan  hanya kerana ALLAH. Selebihnya rezeki perniagaan nanti akan kita gunakan untuk jalan kebaikkan dan untuk generasi kita. 

Fahaman saya terus berubah dan kini saya lebih mengerti  "Mengapa kita digalakkan berniaga".

Perniagaan adalah SUNNAH Nabi dan niat berniaga adalah kerana ALLAH. Segala yang kita lakukan berpandukan aturan yang betul.

Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara


Semoga mendapat sedikit  manfaat dari perkongsian saya.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
18 DEC 2013 (RABU)

Monday, 9 December 2013

Manfaatkan medium Media Sosial untuk perniagaan anda

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
asas berniaga online butik
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Menatap tajuk akhbar seperti ini membuatkan ramai wanita di luar sana mempunyai kegairahan untuk memulakan bisnes walaupun ketika  kita masih bekerja. Jesteru apakah bisnes yang sesuai untuk kita lakukan di waktu kita sedang dalam kekangan masa bekerja dan dalam masa yang sama kita memulakan perniagaan?

Ya, Ianya tidaklah semudah seperti yang kita fikirkan sekiranya kita sentiasa berfikir dengan cara terlalu susah. Sepertimana kebiasaannya kita sendiri yang akan membuatkan diri kita amat takut untuk menceburi bidang baru. Bidang baru perkara baru untuk kita! Bersediakah kita?

online bisnes

Tetapi, Jenis perniagaan apakah yang kita akan lakukan dan apakah ianya boleh membawa keuntungan. Ya anda dinasihatkan untuk  mulakan perniagaan yang tidak menganggu aktiviti harian anda. Adakah perniagaan seperti itu? Tentunya ada kerana sebahagian besar wanita bekerjaya sekarang memilih untuk berniaga dan dalam masa yang sama dapat menikmati masa bersama anak-anak atau keluarga di rumah setelah perniagaan kukuh dan mampu untuk tinggalkan kerjaya lama. Salah satu perniagaan abad ini adalah perniagaan melalui maya yang membolehkan hampir  semua orang  melakukannya. Ini kerana kos yang sangat minimum untuk bermula. Anda tidak perlu untuk menyewa kedai dan sebagainya. Nah inilah medium yang terbaik untuk anda sekarang.

 "medium Media Social untuk perniagaan anda"

Kenal pasti objective dan matlamat anda dahulu, ini penting untuk perniagaan anda  seterusnya rangka strategi dan target pasaran anda. Apakah jenis-jenis perniagaan yang sesuai untuk anda? Banyak yang saya akan cuba huraikan untuk anda mulakan perniagaan online anda dan tips-tips menarik untuk anda mulakan  perniagaan anda. Buat persediaan awal dan kenali apakah kepakaran atau minat anda yang sedia ada .

Apapun yang kita lakukan nanti sebaiknya ianya datang dari hati kita yang ikhlas. Berniaga dengan hati dan kerana ALLAH adalah yang terbaik . Semoga mendapat keberkatan.

“Inna solati wanusuki wamah yaya, wamamati lillahi robbil alamin…”
(“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata..” )

Bersambung,



semoga mendapat sedikit  manfaat dan tips . Panduan untuk wanita berkerja yang masih dilema untuk memulakan perniagaan.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
9 DEC 2013 (ISNIN)
===============