Wednesday 30 April 2014

Konflik suri, andainya di rumah tidak indah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Subjek: Catatan harian.


Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,

Rutin harian telah hampir 50% saya siapkan, Sambil-sambil menjengah laptop:)
Bila menjadi suri di rumah rasanya 100% komitment kita lebih kepada keluarga.
Ramai yang hadapi stress bila saja berada di rumah sebagai suri. Mengapa?
Kita kekurangan masa untuk diri sendiri, kita mungkin juga tiada masa bersama sahabat-sahabat lama kita dan yang paling ditakuti kita tidak dapat memegang helaian duit gaji setiap bulan.
Apakah kita selalu membantu suami kita dengan keluar bekerja ataupun ianya lebih kepada memenuhi tuntutan peribadi atau "personal interest" kita?



Sedikit motivasi segar pagi,
Berbalik kepada nawaitu kita sendiri mengapa kita memilih jalan begini, Kalau bahagia yang kita cari maka bahagia jugalah yang akan kita rasai insyallah. Punya waktu bersama anak-anak bukanlah satu benda yang kita boleh buat pusingan semula, andainya kita terlepas maka kita terpaksa melepaskan selamanya. Tiada lagi pleuang untuk bersama mereka merasai indahnya kehidupan anak-anak masa kecil. Lalu kenapa kita perlu merasa stress?
Bukankah "value" masa itu yang kita cari ?
Alhamdulilah, saya merasai nikmat itu, syukur atas segala Nikmat rezeki yang ALLAH kurniakan. Lihat dulu apa yang kita perlu dan jangan sesekali melihat kehidupan orang lain sebagai cermin untuk kita. Ianya adalah sebagai biasan sahaja. Tidak penting untuk kita menjadi seperti mereka!
Semoga coretan ringkas ini memberi manfaat pada mereka yang pm dan tanya saya "pengalaman berhenti kerja ataupun bergelar "working from home mom".
Pada yang berminat dengan kelas AKADEMI (ABDR) , boleh pm saya.

Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:

Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
30 April 2014 (Rabu)
===================

2 comments:

  1. memang stress seikhlas mana pun kita, ttp dugaan datang menduga keikhlasan kita, terasa jiwa kosong apb memikirkan di mana kelak apb anak sudah dewasa,takkan hanya duduk di rumah sahaja, masih berada di peringkat sama tanpa ada wang di tangan, masih tetap menadah tangan meminta bleas ihsan dahulunya suami, kini anak, namun apb bekerja dari rumah terasa semangat itu dtg, kerana hari2 kita perlu mencari ilmu untuk meningkatkan kemahiran yg sedia ada....bertemu dan berkonsi pelbagai pengalaman dengan rakan online..rasa hati berbunga kembali..he2
    jemput singgah pulak blog mengait saya, saya juga menawrkan perkhidmatan kereta sewa, menjual produk sempena raya, seperti kuih raya. Berminat nak masak sendiri nasi arab di rumah, boleh dapatkan pes nasi arab di http://dalilayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq puan dalila atas perkongsian hebat itu.

      Delete