Wednesday 25 December 2013

Empayar perniagaan, bukan salah ibubapa!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


panduan niaga online

Assalamualaikum pembaca budiman,

Alhamdulilah, bersyukur kerana masih ada kesempatan untuk berada di bumi ALLAH. Tahun 2013 semakin meninggalkan kita menghampiri 2014 tahun yang dinanti. Melihat kebanyakkan status sama
ada di halaman  facebook, blog atau sebagainya memberikan komen  dan  keazaman untuk lebih berjaya lebih-lebih lagi di dalam bidang perniagaan. 

Jesteru apakah impian kita pada tahun 2013 telah terlaksana? Setiap dari kita tidak pernah ada titik noktah untuk bermula. Permulaan dan semangat baru yang mungkin lemau ditelan waktu dahulu wajarlah kita bangunkan semula. Ya 2014 tahun kejayaan untuk ramai orang. Insyallah.

"Salahkah ibubapa tidak menyediakan empayar bisnes untuk kita ?"

Kita tidak boleh menyalahkan ibubapa kita kerana tidak menyediakan sesuatu untuk kita. Zaman mereka terlalu banyak kekurangan. Zaman mereka penuh sesak dan liku. Zaman mereka hidupnya tak menentu. Zaman sudah jauh berubah meninggalkan ibubapa kita yang meniti usia senja.

Waktunya sekarang untuk kita yang mulakan atau sediakan sesuatu untuk anak atau generasi kita. Masa untuk kita sediakan tapak. Tapak yang akan menjadi empayar generasi kita. Kitalah yang akan mulakan sekarang dan kita jugalah yang akan mengukir corak untuk generasi kita nanti. Insyallah.

Keluhan untuk ibubapa kita sudah tamat. mereka sudah habis daya. Namun kita boleh sentiasa menjadikan mereka idola kita, kerana mereka sudah sehabis daya berbuat baik kepada kita. Sampai masa untuk kita mendamping mereka dengan kasih sambil membina empayar generasi kita.

Manfaatkan ilmu yang ada. Bermula dengan langkah pertama. Sediakan sesuatu untuk anak-anak kita, perniagaan.


Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
25 DEC 2013 (RABU)
===============

Monday 23 December 2013

Apa produk paling laris untuk pasaran online?

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.

produk laris

Assalamualaikum pembaca budiman,

Melihat kepada potensi pasaran  yang luas mengenai dunia perniagaan online membuatkan hati terpanggil untuk bermula sebagai sebahagian dari pengusaha. Namun haruskah kita bermula dengan hanya mengikut sahaja tanpa bekalan ilmu. Ya ilmu tak akan  datang bergolek-golek dan tidak akan habis sehari, ilmu sentiasa perlu dituntut dan semakin kita akan temui banyak kekurangan dan pengetahuan kita tentang ilmu perniagaan online dan apa sahaja.

Kenapa kita harus memilih dunia perniagaan online?

"Di Malaysia, daripada 13 juta pengguna Facebook, kira-kira 25 hingga 30 peratus yakin menjadi pelanggan kepada produk dijual yang dijual secara  'online'. Itu baru medium facebook sahaja bagimana pula dengan blog dan sebagainya"
   
Mata semakin luas membaca tajuk-tajuk yang berkaitan dunia perniagaan. Online atau offline matlamatnya tetap sama "menjana pendapatan"  cuma konsepnya berbeza antara satu sama lain.
Semestinya untuk bermula kita memerlukan ilmu-ilmu yang kita boleh aplikasikan untuk perniagaan kita nanti. Perkara pertama untuk bermula seharusnya adalah produk bagi yang belum mempunyai sebarang bentuk produk untuk dijualkan. 


Apa produk paling laris untuk pasaran online?



Untuk menjimatkan masa kajian anda, berikut saya senaraikan Top kategori produk dan perkhidmatan di internet yang boleh dijalankan. Anda boleh jadikan sebagai panduan anda untuk bermula.


.Pakaian/Fesyen
.Makanan 
.Barangan kanak-kanak
.Barang kemas atau aksesori wanita.
.Elektronik .
.Perkakasan dan perisian komputer .
.VCD dan DVD.
.Buku.
.Kad ucapan.
.Perkakasan/perhiasan rumah
.Makanan Kesihatan.
.Pelancongan.
.Kenderaan.
 Hartanah.
.Trading.
.Muzik

Lihat senarai di atas, Barang keperluan yang sentiasa kita guna dan kebanyakan penguna yang masanya sangat berharga memilih medium online untuk membeli kerana mudah dan cepat. Sebagai penguna kita selalu mencari sesuatu yang unik dan servis yang bagus ketika membeli sesuatu di layar  internet. Inilah waktunya untuk anda mulakan sesuatu dengan apa yang anda ada dan dengan daya Kreativiti tersendiri. Sebaiknya anda memilih produk yang 
anda mempunyai pengetahuan
tentangnya, mungkin ianya datang dari minat anda terhadap product tersebut
contohnya anda sekarang sedang menghasikan makanan seperti kek dan  sekarang 
anda cuma perlukan kretiviti anda untuk menukar medium perniagaan secara online.
Pasaran terbuka luas untuk anda,

Ringkasnya medium online hanyalah tempat atau tapak untuk kita melebar sayap 
dengan matlamat tujuan utama" " menjana pendapatan ".
Merancang sebelum bermula dengan sedikit perkongsian ilmu. 

Semoga mendapat sedikit  manfaat dari perkongsian saya.
Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
23 DEC 2013 (ISNIN)

Friday 20 December 2013

Konsep Bodek Jiwa atau Beli Jiwa

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


Assalamualaikum pembaca budiman,

Merenung cuaca yang baik di pagi hari sungguh mendamaikan. Terigat saya pada satu perkataan yang mungkin saya sambung dan jadikan maksud tersendiri. Bodek jiwa!!

Apa makna disebalik ayat yang sering bermain-main difikiran saya. Ayat singkat ini juga sering saya bualkan bersama sahabat baik saya dan kadang-kadang kami sering tertawa atas perbualan kami mengenai ayat ini. Sebenarnya istilah bodek memang seringkali disalah pakai oleh kita, mungkin tafsiranya sangat negative tetapi bagi saya ayat bodek mempunyai makna  yang besar sekiranya kita melihat dari sudut positive. Lebih kepada  "support-menyokong" atau mengambil hati. 

Jadi apa pula kaitan bodek dan jiwa?  Ya seringkali kita tidak ingin dipanggil pembodek atau perkataan yang menjurus kepadanya.  Sekiranya seseorang tahu bagaimana kita boleh gunakan sebaik mungkin perkataan itu kita akan sentiasa menikmati nilai-nilai kehidupan yang lebih baik. 
Sedikit contoh untuk ayat bodek jiwa ialah, kita seringkali gagal untuk membuat perkara remeh tetapi mendatangkan kesan yang sangat besar dalam hidup kita. Kita tidak pandai mengambil hati orang lain dan menjadikan kita seorang yang bukan disenangi oleh ramai orang. Bila ke rumah ibubapa adalah baik kita membelikan sesuatu seperti makanan atau barang keperluan yang lain. Begitu juga halnya perkara yang kita patut lakukan bila berhadapan dengan  saudara atau sahabat kita dan  yang paling sedih kita seringkali melihat majikan kita sebagai musuh. Ini banyak dilakukan oleh ramai orang. Jadi bagaimana reputasi  anda di tempat kerja? 

Konsep bodek jiwa atau beli jiwa ini memang berpengaruh. Lihat dari sudut positive contohnya bagaimana gembiranya ibubapa bila kita membawa sesuatu sewaktu bertandang ke rumah mereka , ini tidak termasuk dalam tangungan saluran duit yang diberikan pada ibubapa ya. Bagaimana gembiranya saudara atau sahabat kita bila menerima sesuatu dari kita . Percayalah ianya sangat berbaloi tetapi ramai yang gagal melakukannya.

Ketika sahabat di dalam kesusahan, Bercakaplah sesuatu yang menyenangkan, ketika mereka sedang meraih kejayaan ucaplah sesuatu yang berbaloi untuk mereka. Ketika berhadapan dengan majikan tanyalah sesuatu perkara dan cuba ambil hati sebaik mungkin supaya kita saling faham memahami. Tetapi anda perlulah menjadi seorang yang ikhlas ya. Senang bukan!

Ringkasnya saya mengharapkan anda dapat menangkap maksud sebenar penulisan santai saya. Ayat yang mungkin tidak di muatkan di mana-mana. Ianya hanyalah ayat yang saya selalu guna pakai untuk diri saya. sekiranya anda memahami penulisan ini anda akan menambah baik kehidupan anda dan mungkin anda tersedar, ramai yang gagal melakukannya. 


Semoga mendapat sedikit  manfaat dari perkongsian saya.


Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
20 DEC 2013 (JUMAAT)

Wednesday 18 December 2013

Berniaga ibarat menyemai benih pokok



Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.

http://nazurahabdulrahim.blogspot.com/
Assalamualaikum pembaca budiman,

Mengapa kita digalakkan berniaga? Mengapa kita disuruh berniaga sekalipun kita sudah berada di awan pelangi. Ya kita memang dituntut untuk berniaga kerana  perniagaan sunnah nabi & perniagaan juga dituntut dalam islam manakala 9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga”. Hebat bukan. 

Ramai orang berada di zon yang sangat selesa dan ramai orang fikir mereka sudah cukup perbelanjaan dan tidak akan mengalami masalah kewangan lagi. Adakah kita sudah membuat perkiraan terhadap perbelanjaan kita untuk kehidupan kita 10 tahun yang akan datang? Apakah kita juga sudah mempersiapkan sesuatu mungkin untuk generasi kita?

Berniaga ibarat menanam pokok yang hasilnya mungkin untuk kehidupan yang akan datang. Hasil tuaian untuk anak cucu kita, jesteru kenapa kita tidak melebarkan sayap untuk empayar perniagaan malah seringkali kita takutkan diri sendiri. Tiada sesuatu yang mustahil. Berhenti dari menjadi seorang yang takut.

Dahulunya mungkin sekiranya ditanya kenapa saya berniaga?
Jawapanya: "Saya berniaga sebab saya hanya mahu bayar segala hutang piutang"

Nah bertapa miskinnya minda saya ketika itu, saya hanya berniaga dengan niat untuk membayar hutang. Tentulah saya tersasar jauh dari segala sudut dan tujuan sebenar perniagaan dimana niat sebenar saya sudah jauh terpesong. Perniagaan adalah Sunnah dan kita seharusnya memasang niat melakukan atau memulakan perniagaan  hanya kerana ALLAH. Selebihnya rezeki perniagaan nanti akan kita gunakan untuk jalan kebaikkan dan untuk generasi kita. 

Fahaman saya terus berubah dan kini saya lebih mengerti  "Mengapa kita digalakkan berniaga".

Perniagaan adalah SUNNAH Nabi dan niat berniaga adalah kerana ALLAH. Segala yang kita lakukan berpandukan aturan yang betul.

Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara


Semoga mendapat sedikit  manfaat dari perkongsian saya.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
18 DEC 2013 (RABU)

Monday 16 December 2013

Besarnya peranan ibubapa, jadilah ibubapa yang memahami bahasa anak-anak.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim
cuti-cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah, sudah lama tidak bersua dihalaman inspirasi coretan saya. Sibuk sungguh melayani anak-anak yang bercuti sekolah. Rasa hati mahu saja saya turut bermain bersama mereka, merentasi kembali kenangan-kenangan waktu kecil dahulu. Indahnya zaman itu. Anak-anak zaman sekarang sungguh bertuah setiap kali menjelang cuti sekolah sudah dirancang kemana percutian hebat oleh ibubapa. Manakala saya diwaktu zaman kanak-kanak hanya menghabiskan masa di rumah bermain permainan yang sudah dilupai dan tidak dikenali zaman sekarang.

Yang ingin ditulis oleh saya bukan tentang permainan saya dahulu kala atau kehidupan saya tetapi berlari tajuk ke peranan ibubapa dalam kehidupan anak-anak . Berkongsi pengalaman saya sendiri tentang kegembiraan anak-anak cuti sekolah dan berpeluang bercuti bersama mereka. Saya merancang satu percutian dimana saya berharap semua kenalan dan keluarga saya dapat turut serta. Anak-anak saya adalah orang yang paling gembira kerana meraka akan dapat bersama saudara sepupu  dan anak kenalan yang lain menikmati cuti bersama. Hari yang dirancang semakin kunjung tiba dan satu pangilan saya terima dari salah seorang ibubapa." Maaf kami tidak dapat turut serta kami tak minat untuk ke chalet begitu, tambahan pula kami tidak minat dengan semua aktiviti yang dirancang" walhal anak-anak mereka adalah orang yang sangat gembira bila dapat tahu kami akan mengadakan aktiviti  di chalet yang boleh memancing sambil menikmati angin segar laut. Pelbagai aktiviti telah disusun. Hanya dengan satu tujuan kami ingin anak-anak bermesra diantara satu dengan yang lain.

Saya tersentak. Habis sudah kegembiraan anak-anak meraka. Mereka hanya menurut dan nampaknya mereka seakan mengerti  ibubapa mereka hanya akan buat benda yang mereka minat sahaja. Kasihan benar saya pada mereka. Ibubapa melakukan sesuatu hanya sekiranya mereka ada minat dan tidak lansung memikirkan tentang kegembiraan anak-anak. Secara jujurnya saya tidak lansung berminat dengan aktiviti memancing tetapi kenapa saya harus berkira untuk sebuah kegembiraan anak-anak saya. Anak-anak saya sangat gembira. Saya akan lakukan apa sahaja untuk mereka, saya tidak akan campurkan minat saya dan seterusnya menjadikan alasan untuk saya buat sesuatu sekiranya saya minat. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak. Kasihan.

cuti-cuti


Apakah peranan kita sebagai ibubapa? perbagai definasi yang boleh kita tafsirkan. Akan tetapi wajarlah kita sebagai ibubapa berfikir sejenak, kenapa perlu kita bertoleransi dengan anak-anak kita. Sebaiknya rancanglah sesuatu yang memihak kepada anak-anak kerana mereka ada hak tersendiri untuk kegembiraan mereka. Dewasanya kita tanpa ilmu mata hati. Dewasa kita tanpa sedar hanyut jauh ke lautan minda miskin. Miskinnya kita untuk gembirakan hati orang yang tersayang. Semoga saya dan sahabat yang lain diberi kekuatan dalam mendidik anak-anak kita .Sekadar peringatan untuk saya dan generasi saya. Buatlah sesuatu untuk anak bukan kerana kita minat tetapi kerana harga sebuah kegembiraan anak-anak.

"Besarnya peranan ibubapa, jadilah ibubapa yang memahami bahasa anak-anak "

semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
16 DEC 2013 (ISNIN)
===============

Monday 9 December 2013

Manfaatkan medium Media Sosial untuk perniagaan anda

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
asas berniaga online butik
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Menatap tajuk akhbar seperti ini membuatkan ramai wanita di luar sana mempunyai kegairahan untuk memulakan bisnes walaupun ketika  kita masih bekerja. Jesteru apakah bisnes yang sesuai untuk kita lakukan di waktu kita sedang dalam kekangan masa bekerja dan dalam masa yang sama kita memulakan perniagaan?

Ya, Ianya tidaklah semudah seperti yang kita fikirkan sekiranya kita sentiasa berfikir dengan cara terlalu susah. Sepertimana kebiasaannya kita sendiri yang akan membuatkan diri kita amat takut untuk menceburi bidang baru. Bidang baru perkara baru untuk kita! Bersediakah kita?

online bisnes

Tetapi, Jenis perniagaan apakah yang kita akan lakukan dan apakah ianya boleh membawa keuntungan. Ya anda dinasihatkan untuk  mulakan perniagaan yang tidak menganggu aktiviti harian anda. Adakah perniagaan seperti itu? Tentunya ada kerana sebahagian besar wanita bekerjaya sekarang memilih untuk berniaga dan dalam masa yang sama dapat menikmati masa bersama anak-anak atau keluarga di rumah setelah perniagaan kukuh dan mampu untuk tinggalkan kerjaya lama. Salah satu perniagaan abad ini adalah perniagaan melalui maya yang membolehkan hampir  semua orang  melakukannya. Ini kerana kos yang sangat minimum untuk bermula. Anda tidak perlu untuk menyewa kedai dan sebagainya. Nah inilah medium yang terbaik untuk anda sekarang.

 "medium Media Social untuk perniagaan anda"

Kenal pasti objective dan matlamat anda dahulu, ini penting untuk perniagaan anda  seterusnya rangka strategi dan target pasaran anda. Apakah jenis-jenis perniagaan yang sesuai untuk anda? Banyak yang saya akan cuba huraikan untuk anda mulakan perniagaan online anda dan tips-tips menarik untuk anda mulakan  perniagaan anda. Buat persediaan awal dan kenali apakah kepakaran atau minat anda yang sedia ada .

Apapun yang kita lakukan nanti sebaiknya ianya datang dari hati kita yang ikhlas. Berniaga dengan hati dan kerana ALLAH adalah yang terbaik . Semoga mendapat keberkatan.

“Inna solati wanusuki wamah yaya, wamamati lillahi robbil alamin…”
(“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata..” )

Bersambung,



semoga mendapat sedikit  manfaat dan tips . Panduan untuk wanita berkerja yang masih dilema untuk memulakan perniagaan.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
9 DEC 2013 (ISNIN)
===============

Friday 6 December 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki, Kerdilnya kita sebagai manusia tanpa ilmu.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google 
asas niaga online
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Membicarakan soal rezeki semestinya  tiada siapa yang lebih berhak melainkan ALLAH yang Maha Pemurah yang menetapkan rezeki kita sehingga hari Kiamat menjelma. "Mudahnya Menjemput Rezeki " . Buku yang dikarang oleh Fathuri Salehuddin sudah menjadi teman seharian saya. Boleh dilabelkan buku ini adalah  sebuah buku motivasi diri dan juga kewangan. 100% isi kandungan buku "mudahnya mejemput rezeki"  ini adalah tentang rezeki, sebagaimana judul buku ini.

Kenapa buku ini sentiasa menjadi teman karib saya?. Ya,buku ini sangat sesuai untuk pembacaan kita dan semestinya ilmu yang disampaikan sangat tinggi. Dari situ kita akan belajar memahami konsep rezeki kepada kita dan alangkah bahagianya  jika kita memahami keseluruhan isi yang ditulis. Rezeki bukan hanya berkisar kepada harta dunia dan wang ringgit sahaja malah ia lebih dari itu.

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk"
           
Nah, ternyata saya sangat silap selama ini. Menjadikan saya amat kerdil sekali tanpa ilmu dan tanpa tahu apakah makna rezeki untuk kita seterusnya menjadikan saya orang yang mungkin kurang bersyukur dengan segala nikmat selama ini. Ya ALLAH jauhnya aku tanpa ilmu yang cukup. Sangkaan saya rezeki itu tentulah yang baik-baik sahaja. Rupanya saya amat silap.

Sekiranya kita belum merasa nikmat atau manfaat dari segala apa yang kita ada, ianya belum boleh dipanggil rezeki walaupun ianya adalah milik kita seperti wang, harta dan sebagainya. Di dalam rezeki kita juga ada milik orang lain. Bagaimana pula ini terjadi?. Tentu anda semakin kusut kan. Di sinilah bezanya pemahaman orang yang beriman dan tidak beriman. Mana mungkin rezeki kita menjadi rezeki orang lain tambahan pula mereka tidak berusaha. Bisikan hati kecil.

"Orang beriman yakin rezeki itu daripada ALLAH. Sedang orang yang tidak beriman itu yakin rezeki itu adalah hasil daripada usahanya"

Di sinilah silapnya pemahaman kita. Tergolong di antara golongan yang kurang ilmu dan tanpa iman.
Terlalu banyak yang ingin saya tulis dan paparkan terus ke  minda anda supaya anda mampu mengingati rakaman tentang penulisan yang serba ringkas. Makna yang mendalam sekiranya anda membaca dan menghayatinya dan  yang paling  penting anda memahami konsep rezeki seterusnya menjadikan anda seorang yang tahu makna kesyukuran. Terima kasih kerana sudi membaca dan ini hanyalah permulaan ulasan untuk  buku yang bertajuk "mudahnya mejemput rezeki". Penulisan seterusnya Insyallah akan saya huraikan Bab pertama hingga akhir.

Bersambung di lain masa dan waktu.

basic niaga online


semoga mendapat sedikit  manfaat. Rakaman dari minda segar saya untuk anda.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
6 DEC 2013 (JUMAAT)
===============

Thursday 5 December 2013

Terokai Potensi Diri,Lemahkah kita.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google 

asas niaga
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Melihat kembali diri suatu ketika dulu seumpama seorang yang hanya akan menghabiskan masa selamanya di sektor industri perkilangan atau lebih tepat "Makan gaji".Hanya pergi pagi pulangnya waktu petang.Tidak mampu untuk saya keluar dari kelompok itu dan mungkin juga saya jarang sekali melihat dunia dan peluang-peluang yang ada di luar dengan nilai sebenar.

Kebanyakkan dari kita hanya memcipta alasan untuk tidak keluar dari dunia itu sedangkan kita telah melihat ramai orang-orang yang berjaya di sekitar kita.Mengapa?Kita secara jujurnya tidak pernah meneroka apa yang ada di dalam diri kita.Keberanian kita seringkali di lemahkan oleh kata-kata negative yang keluar dari diri kita sendiri.

Kenali personaliti dan potensi diri kita.Anda digalakkan untuk bercakap ataupun dapatkan pandangan dari orang-orang yang telah berjaya ataupun sekiranya anda berhasrat untuk berhenti dari "makan gaji"anda perlu dapatkan pandangan orang yang telah melaluinya dan telah membuat persiapan awal.
Potensi diri pula tidaklah semestinya kita berhenti kerja dan jadi orang yang sama dengan orang lain,anda hanya perlu menjadi seorang yang kreatif sahaja.Seperti penulisan sahabat saya "Motivasi bekerja sambil berniaga" atau anda boleh terus melayari untuk persedian awal anda:




Sekadar melihat kembali siapa kita, hala tuju dan apa yang akan berada di hadapan kita.Mulakan langkah untuk menjadi usahawan gemilang.Insya-ALLAH.


Info dan tips ringkas dari saya, semoga mendapat manfaat.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
5 DEC 2013 (KHAMIS)
===============

Wednesday 4 December 2013

Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.Makna di sebalik Bank Negara Malaysia dan AKPK.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google / AKPK
tips akpk
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam sempat menjejakkan kaki ke  bangunan yang tersergam indah Bank Negara Malaysia cawangan pulau pinang.Niat di hati untuk mengambil salinan CCRIS untuk melihat segala jenis hutang saya dan suami yag masih berbaki untuk tahun 2013.Saya di sambut mesra oleh pegawai yang bertugas dan kelihatan hampir 20 orang yang sedang berada di ruang menunggu berligar-ligar.Apa yang mereka buat di sini pagi-pagi begini?

Seteleh bertanya rupanya ada taklimat khas (Taklimat awam anjuran AKPK ) ataupun kaunseling percuma kepada mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan.Bagus! kebetulan suami saya tidak berkerja  dan ada masa untuk membuat aktiviti yang tidak dirancang dan anak-anak telah kami tinggalkan di rumah nenek mereka.Ya akhirnya kami  berdua berpeluang mendengar taklimat tersebut.Ilmu yang mungkin boleh saya guna pakai untuk menambahbaikkan pengurusan kewangan saya dan suami.

Sedikit perkongsian saya dan apa yang di tawarkan oleh AKPK ( apa yang sempat saya rakamkan di minda segar saya sepangjang sesi taklimat berlansung ).

hutang


1-Memberi kaunseling secara percuma kepada mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan.
2-Menjadi orang tengah kepada mereka yang mempunyai masalah dengan pemungut hutang (Bank)
3-Membantu anda untuk berurusan dengan pihak bank samada untuk menjadualkan semula  pembayaran hutang anda (Tidak muktamad,terpulang kepada pihak bank)
4-menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang termasuk tip-tip menggunakan kredit dengan bertanggungjawab.


Nasihat saya kepada mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan,anda mungkin boleh terus berhubung dengan pihak AKPK yang berhampiran anda .Di kala anda mungkin menghadapi ujian yang berat AKPK mungkin boleh membantu anda.Saya dan suami sangat bersyukur setelah keluar dari sesi taklimat kerana di antara lebih kurang 20 orang yang  berkumpul di satu bilik  berbilang bangsa,kami berdua  antara yang masih mampu tersenyum.Kelihatan mereka sangat resah kerana mungkin sedang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan saya sempat menyapa pasangan yang seusia ayahibu kita mungkin di mana mereka masih berhutang di antara rm150k di atas kelalaian mengunakan kredit kard.Asalnya meraka hanya membelanjakan rm10k sahaja dan sekarang telah mencecah ratusan ribu akibat terlalu lama dan kadar "interest" yang di kenakan oleh pihak bank.Kasihan dan tanpa sedar saya menadah tangan tanda syukur kepadaNYA  kerana saya tidak di duga begitu.Simpati. 

Secara ringkasnya,anda boleh mengambil salinan CCRIS setiap 3 bulan sekali untuk melihat status kewangan/ hutang anda yang masih berbaki dan ini sangat digalakkan untuk kita sentiasa dalam status kewangan yang sehat.


Info dan tips ringkas dari saya, semoga mendapat manfaat.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
4 DEC 2013 (RABU)
===============





Sunday 1 December 2013

Teman istimewa anak "Gadjet atau Kita ".

Teks:Nazurah Rahim
Foto:Carian Google & Nazurah Rahim

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minda segar di malam hari kembali mengimbau kenangan lama zaman kanak-kanak dahulu.Indahnya kehidupan di kampung permai tanpa dicemari hingar bingar kenderaan-kenderaan besar  seperti di zaman sekarang.Tidak perlu ditemani  alatan-alatan  komunikasi  atau lebih di kenali sebagai "Gadjet" mewah seperti anak-anak zaman  sekarang.Indahnya waktu itu.Berlari riang ke sana ke mari mencipta permainan baru setiap hari ataupun ke seluruh pelusuk kampung mencari anak-anak ikan di parit sawah.

Kehidupan di kampung suatu waktu dulu sangat bahagia.Tidak perlu dirisaukan soal keselamatan,tidak perlu mempunyai talipon mewah untuk beritahu ibu tentang lokasi sebenar,yang perlu hanyalah balik ke rumah di waktu perut berasa sangat lapar .Paling tidak pun ibu hanya akan menghadiahkan satu cubitan di paha tanda kasih sayang kerana anaknya tidak mengingati rumah dan hanya balik tatkala senja datang menjemput.
(Anak-anak penulis di waktu kecil )

Cepat benar waktu berlalu dan kebanyakan anak-anak kita tidak pernah mengenali permainan indah kita di waktu dahulu.Kebanyakkan ibubapa hanya memberikan "Gadjet " mewah yang di anggap hadiah terbaik untuk anak -anak.Nah hasilnya anak-anak kita zaman sekarang sukar untuk menghargai kehidupan kerana Tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu ,tidak perlu untuk mengutip tin-tin kosong menjadikan permainan istimewa bersama teman dan tidak perlu menjengah ke luar rumah untuk bercampur dengan masyarakat.Ya didikan pertama kita sebagai ibubapa untuk tidak mementingkan aktiviti kemasyarakatan dan permulaan fasa kehidupan anak-anak kita.

"Kita adalah siapa yang kita pilih".Kita yang banyak mencorakkan sebahagian kehidupan anak-anak kita.Sebagai ibubapa kitalah pihak yang bertangungjawab untuk memastikan anak-anak kita tidak terlalu mempunyai teman istimewa "Gadjet" sedari waktu kecil dan teman  akrab yang sepatutnya adalah "Kita".Pilihlah untuk bersama anak-anak kita lebih lagi waktu cuti persekolahan yang panjang supaya bila dewasa kelak mereka masih mengigati kita sebagai teman istimewa bukannya "Gadjet" yang tidak mampu pun menghadiahkan kita senyuman ikhlas,yang tidak mampu menjadi sahabat setia di kala usia kita semakin senja.

Semoga pembaca mendapat sedikit manfaat  dari coretan  penulisan ikhlas saya untuk anda.Hanya sekadar berkongsi pendapat dan selebihnya adalah peringatan untuk diri saya sendiri.Insya-ALLAH.



Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
1 DEC 2013 (AHAD)
===============