Tuesday 18 December 2012

Pertemuan pertama di maya Blog.

Teks:Nazurah rahim
Foto:Nazurah rahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama kali secara rasminya bertemu dan mencoretkan sesuatu di maya blog membuatkan saya agak kekok untuk menulis tentang saya walaupun pada dasarnya hampir beberapa tahun saya menjerumuskan diri dalam bidang online tetapi tidak memilih lapangan blog sebagai satu platform untuk saya mencoretkan sesuatu atau berkongsi sesuatu.

Terlebih dahulu saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan seseorang yang banyak membimbing saya atau lebih di kenali sebagai sifu online@mentor hebat  iaitu pn nor azura Abdullah  dan mentor hebat Pn masayu ahmad dan tak lupa juga Zaila Mohamad.Terima kasih pada guru hebat saya  kerana sudi membimbing saya untuk menjadi seperti anda.cikgu hebat pastinya menurunkan sesuatu yang hebat juga,Insyallah.

Semoga di platform ini juga saya boleh berkongsi sesuatu dengan anda semua dan semoga ikatan ukhwah terjalin antara kita.Benarlah kata bidalan ,"menuntut ilmu biarlah sampai ke negara cina" selagi terdaya selagi itu mengali ilmu dan terus mengali dan yang pastinya tanpa ilmu siapalah kita. hendak memulakan  sesuatu tanpa ilmu dan tanpa  guru kita akan tersasar jauh dari lapangan sebenar,syukur dipertemukan dengan mentor dan konsep hebat WAHM.Sekalung tahniah untuk idea yang banyak membantu.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
23 Nov 2013 (Sabtu)
===============