Saturday 4 January 2014

Tips persediaan Pengurusan masa ketika bekerja secara online dari rumah!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


tips masa

Assalamualaikum pembaca budiman,

Bagaimanakah seharian nanti kita akan menguruskan masa  sambil bekerja di rumah? Adakah kita seorang yang gagal untuk mengurus masa dengan baik?
Pengurusan masa kerja yang bijak dapat memberi kita lebih masa untuk menikmati hidup! Antara yang paling "challenging" bagi para suri yang berkerja dari rumah ialah "pengurusan masa yang baik" 

Menguruskan masa seperti mana kita bekerja dahulu dan adakalanya kita akan tengelam jauh dengan kerja harian rutin isteri dan ibu. Ini sering membuatkan kita gagal untuk mengikut jadual waktu bekerja di rumah. 

Antara tips yang kita boleh guna pakai untuk persediaan kita sebagai ibu yang bekerja dari rumah:

1.Berapa lama masa yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti.
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu kita menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan membantu untuk kita sesuaikan dengan diri sendiri.

2.Wujudkan tempat kerja yang selesa.
Pastikan meja atau tempat kerja kita selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya). Baru kita akan bekerja dengan mood dan  Persekitaran aura positive.

3.Hasilkan senarai tugas.
Senarai tersebut membolehkan kita  memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan yang mana patut didahulukan, 
~contohnya kita terpaksa sediakan makanan untuk tengahari dahulu supaya anak-anak dapat makan ketika pulang dari sekolah baru kita mulakan sesi tugasan online.

4.Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu.
masa terbaik untuk mengatasi masalah atau kerja-kerja yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah kita berasa lebih segar dan otak lebih cergas! Waktu pagi waktu segar.

5.Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu.
Masa bersembang, menjamu kopi, melayari facebook atau sebagainya... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi kita untuk bekerja.


Sebagai suri hebat yang bekerja dari rumah nanti,  seringkali tugas harian kita sering diganggu oleh tugas-tugas lain seperti urusan di bank, urusan anak-anak, keperluan harian rumah dan sebagainya. Peruntukkan sekali seminggu untuk menguruskan tugas-tugas tersebut. 

Pilihan terbaik ditangan kita manfaatkan masa yang ada! Masa yang patut kita nikmati bersama keluarga tercinta setelah beberapa tahun nikmat itu tidak dapat kita rasai.


Semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
4 JAN 2014 (SABTU)
===============

No comments:

Post a Comment