Friday 6 December 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki, Kerdilnya kita sebagai manusia tanpa ilmu.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google 
asas niaga online
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Membicarakan soal rezeki semestinya  tiada siapa yang lebih berhak melainkan ALLAH yang Maha Pemurah yang menetapkan rezeki kita sehingga hari Kiamat menjelma. "Mudahnya Menjemput Rezeki " . Buku yang dikarang oleh Fathuri Salehuddin sudah menjadi teman seharian saya. Boleh dilabelkan buku ini adalah  sebuah buku motivasi diri dan juga kewangan. 100% isi kandungan buku "mudahnya mejemput rezeki"  ini adalah tentang rezeki, sebagaimana judul buku ini.

Kenapa buku ini sentiasa menjadi teman karib saya?. Ya,buku ini sangat sesuai untuk pembacaan kita dan semestinya ilmu yang disampaikan sangat tinggi. Dari situ kita akan belajar memahami konsep rezeki kepada kita dan alangkah bahagianya  jika kita memahami keseluruhan isi yang ditulis. Rezeki bukan hanya berkisar kepada harta dunia dan wang ringgit sahaja malah ia lebih dari itu.

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk"
           
Nah, ternyata saya sangat silap selama ini. Menjadikan saya amat kerdil sekali tanpa ilmu dan tanpa tahu apakah makna rezeki untuk kita seterusnya menjadikan saya orang yang mungkin kurang bersyukur dengan segala nikmat selama ini. Ya ALLAH jauhnya aku tanpa ilmu yang cukup. Sangkaan saya rezeki itu tentulah yang baik-baik sahaja. Rupanya saya amat silap.

Sekiranya kita belum merasa nikmat atau manfaat dari segala apa yang kita ada, ianya belum boleh dipanggil rezeki walaupun ianya adalah milik kita seperti wang, harta dan sebagainya. Di dalam rezeki kita juga ada milik orang lain. Bagaimana pula ini terjadi?. Tentu anda semakin kusut kan. Di sinilah bezanya pemahaman orang yang beriman dan tidak beriman. Mana mungkin rezeki kita menjadi rezeki orang lain tambahan pula mereka tidak berusaha. Bisikan hati kecil.

"Orang beriman yakin rezeki itu daripada ALLAH. Sedang orang yang tidak beriman itu yakin rezeki itu adalah hasil daripada usahanya"

Di sinilah silapnya pemahaman kita. Tergolong di antara golongan yang kurang ilmu dan tanpa iman.
Terlalu banyak yang ingin saya tulis dan paparkan terus ke  minda anda supaya anda mampu mengingati rakaman tentang penulisan yang serba ringkas. Makna yang mendalam sekiranya anda membaca dan menghayatinya dan  yang paling  penting anda memahami konsep rezeki seterusnya menjadikan anda seorang yang tahu makna kesyukuran. Terima kasih kerana sudi membaca dan ini hanyalah permulaan ulasan untuk  buku yang bertajuk "mudahnya mejemput rezeki". Penulisan seterusnya Insyallah akan saya huraikan Bab pertama hingga akhir.

Bersambung di lain masa dan waktu.

basic niaga online


semoga mendapat sedikit  manfaat. Rakaman dari minda segar saya untuk anda.

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
6 DEC 2013 (JUMAAT)
===============

No comments:

Post a Comment