Monday 16 December 2013

Besarnya peranan ibubapa, jadilah ibubapa yang memahami bahasa anak-anak.

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah Rahim
cuti-cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah, sudah lama tidak bersua dihalaman inspirasi coretan saya. Sibuk sungguh melayani anak-anak yang bercuti sekolah. Rasa hati mahu saja saya turut bermain bersama mereka, merentasi kembali kenangan-kenangan waktu kecil dahulu. Indahnya zaman itu. Anak-anak zaman sekarang sungguh bertuah setiap kali menjelang cuti sekolah sudah dirancang kemana percutian hebat oleh ibubapa. Manakala saya diwaktu zaman kanak-kanak hanya menghabiskan masa di rumah bermain permainan yang sudah dilupai dan tidak dikenali zaman sekarang.

Yang ingin ditulis oleh saya bukan tentang permainan saya dahulu kala atau kehidupan saya tetapi berlari tajuk ke peranan ibubapa dalam kehidupan anak-anak . Berkongsi pengalaman saya sendiri tentang kegembiraan anak-anak cuti sekolah dan berpeluang bercuti bersama mereka. Saya merancang satu percutian dimana saya berharap semua kenalan dan keluarga saya dapat turut serta. Anak-anak saya adalah orang yang paling gembira kerana meraka akan dapat bersama saudara sepupu  dan anak kenalan yang lain menikmati cuti bersama. Hari yang dirancang semakin kunjung tiba dan satu pangilan saya terima dari salah seorang ibubapa." Maaf kami tidak dapat turut serta kami tak minat untuk ke chalet begitu, tambahan pula kami tidak minat dengan semua aktiviti yang dirancang" walhal anak-anak mereka adalah orang yang sangat gembira bila dapat tahu kami akan mengadakan aktiviti  di chalet yang boleh memancing sambil menikmati angin segar laut. Pelbagai aktiviti telah disusun. Hanya dengan satu tujuan kami ingin anak-anak bermesra diantara satu dengan yang lain.

Saya tersentak. Habis sudah kegembiraan anak-anak meraka. Mereka hanya menurut dan nampaknya mereka seakan mengerti  ibubapa mereka hanya akan buat benda yang mereka minat sahaja. Kasihan benar saya pada mereka. Ibubapa melakukan sesuatu hanya sekiranya mereka ada minat dan tidak lansung memikirkan tentang kegembiraan anak-anak. Secara jujurnya saya tidak lansung berminat dengan aktiviti memancing tetapi kenapa saya harus berkira untuk sebuah kegembiraan anak-anak saya. Anak-anak saya sangat gembira. Saya akan lakukan apa sahaja untuk mereka, saya tidak akan campurkan minat saya dan seterusnya menjadikan alasan untuk saya buat sesuatu sekiranya saya minat. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak. Kasihan.

cuti-cuti


Apakah peranan kita sebagai ibubapa? perbagai definasi yang boleh kita tafsirkan. Akan tetapi wajarlah kita sebagai ibubapa berfikir sejenak, kenapa perlu kita bertoleransi dengan anak-anak kita. Sebaiknya rancanglah sesuatu yang memihak kepada anak-anak kerana mereka ada hak tersendiri untuk kegembiraan mereka. Dewasanya kita tanpa ilmu mata hati. Dewasa kita tanpa sedar hanyut jauh ke lautan minda miskin. Miskinnya kita untuk gembirakan hati orang yang tersayang. Semoga saya dan sahabat yang lain diberi kekuatan dalam mendidik anak-anak kita .Sekadar peringatan untuk saya dan generasi saya. Buatlah sesuatu untuk anak bukan kerana kita minat tetapi kerana harga sebuah kegembiraan anak-anak.

"Besarnya peranan ibubapa, jadilah ibubapa yang memahami bahasa anak-anak "

semoga mendapat sedikit  manfaat. Sekadar berkongsi.
Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
16 DEC 2013 (ISNIN)
===============

No comments:

Post a Comment