Friday 20 December 2013

Konsep Bodek Jiwa atau Beli Jiwa

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google.


Assalamualaikum pembaca budiman,

Merenung cuaca yang baik di pagi hari sungguh mendamaikan. Terigat saya pada satu perkataan yang mungkin saya sambung dan jadikan maksud tersendiri. Bodek jiwa!!

Apa makna disebalik ayat yang sering bermain-main difikiran saya. Ayat singkat ini juga sering saya bualkan bersama sahabat baik saya dan kadang-kadang kami sering tertawa atas perbualan kami mengenai ayat ini. Sebenarnya istilah bodek memang seringkali disalah pakai oleh kita, mungkin tafsiranya sangat negative tetapi bagi saya ayat bodek mempunyai makna  yang besar sekiranya kita melihat dari sudut positive. Lebih kepada  "support-menyokong" atau mengambil hati. 

Jadi apa pula kaitan bodek dan jiwa?  Ya seringkali kita tidak ingin dipanggil pembodek atau perkataan yang menjurus kepadanya.  Sekiranya seseorang tahu bagaimana kita boleh gunakan sebaik mungkin perkataan itu kita akan sentiasa menikmati nilai-nilai kehidupan yang lebih baik. 
Sedikit contoh untuk ayat bodek jiwa ialah, kita seringkali gagal untuk membuat perkara remeh tetapi mendatangkan kesan yang sangat besar dalam hidup kita. Kita tidak pandai mengambil hati orang lain dan menjadikan kita seorang yang bukan disenangi oleh ramai orang. Bila ke rumah ibubapa adalah baik kita membelikan sesuatu seperti makanan atau barang keperluan yang lain. Begitu juga halnya perkara yang kita patut lakukan bila berhadapan dengan  saudara atau sahabat kita dan  yang paling sedih kita seringkali melihat majikan kita sebagai musuh. Ini banyak dilakukan oleh ramai orang. Jadi bagaimana reputasi  anda di tempat kerja? 

Konsep bodek jiwa atau beli jiwa ini memang berpengaruh. Lihat dari sudut positive contohnya bagaimana gembiranya ibubapa bila kita membawa sesuatu sewaktu bertandang ke rumah mereka , ini tidak termasuk dalam tangungan saluran duit yang diberikan pada ibubapa ya. Bagaimana gembiranya saudara atau sahabat kita bila menerima sesuatu dari kita . Percayalah ianya sangat berbaloi tetapi ramai yang gagal melakukannya.

Ketika sahabat di dalam kesusahan, Bercakaplah sesuatu yang menyenangkan, ketika mereka sedang meraih kejayaan ucaplah sesuatu yang berbaloi untuk mereka. Ketika berhadapan dengan majikan tanyalah sesuatu perkara dan cuba ambil hati sebaik mungkin supaya kita saling faham memahami. Tetapi anda perlulah menjadi seorang yang ikhlas ya. Senang bukan!

Ringkasnya saya mengharapkan anda dapat menangkap maksud sebenar penulisan santai saya. Ayat yang mungkin tidak di muatkan di mana-mana. Ianya hanyalah ayat yang saya selalu guna pakai untuk diri saya. sekiranya anda memahami penulisan ini anda akan menambah baik kehidupan anda dan mungkin anda tersedar, ramai yang gagal melakukannya. 


Semoga mendapat sedikit  manfaat dari perkongsian saya.


Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
20 DEC 2013 (JUMAAT)

No comments:

Post a Comment