Tuesday 26 November 2013

Bahagiakah kita andainya memilih besederhana?

Teks:Nazurah rahim
Foto:Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kenapa memilih sederhana andainya kaya sudah ke menara?Duduklah di mahligai indah tanpa perlu melihat rumah-rumah setinggan yang menghiasi mahligai indah anda.Biar mereka di basahi hujan,biar mereka di sinari mentari panas petang,biar mereka hidup dengan alam mereka, biar mereka melarat tanpa simpati anda.Biarkan saja mereka.

Sungguh benar hati kita sanggup untuk tidak melihat ke bawah, sungguh benar hati kita terlalu keras untuk menilai erti bahagia orang lain.Siapalah mereka untuk kita kenali lebih jauh.Biarkan saja mereka.Jangan mendaki mahligai yang  kita bina,jangan sesekali mendaki naik bersama.

Rapuhya hati yang terdidik dengan iringan harta benda dunia,serapuh batang kayu yang di mamah anai-anai.Kenapa perlu mendidik hati kita dengan sifat-sifat sederhana?ya, besederhana dituntut dalam islam.Tidak perlu menjaja kekayaan anda ,tidak perlu berlumba-lumba dengan sahabat anda untuk sebuah kekayaan yang anda  ada,tidak perlu menjadi orang yang selalu ke depan,tidak perlu anda menghiasi diri dengan harta mewah anda untuk si pengemis.Anda tidak bernilai untuk mereka kerana hati anda tidak semulia pohon kayu yang meneduhkan panas petang.




Wahai hati yang penuh dengan onar,yang penuh dengan rasa ketidakpuasan ,yang penuh
dengan sifat-sifat riak.pulanglah ke pangkuan minda kaya yang segar dengan ilmu Duniawi dan ukhrawi.Besederhanalah dikau wahai sang hati kerana Kebahagian tanpa sempadan menjadi ganjaran dengan sandaran kesyukuran.Belajarlah mendidik hati yang telah lama terbiar menjadi rakus tanpa
pembaris nilai kehidupan.

"Bahagia itu sederhana",penulisan ringkas untuk saya dan generasi saya,peringatan ikhlas saya untuk anda.Semoga anda medapat manfaat dan maksud sebenar penulisan saya,sekadar berkongsi untuk kebahagian hakiki,Insyallah

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
26 Nov 2013 (SELASA)
===============

No comments:

Post a Comment