Sunday 23 February 2014

Mahu jadi pensil yang boleh menulis atau kertas yang diconteng!

Teks:Nazurah Rahim
Foto: Nazurah  Rahim
Subjek: motivasi kehidupan




Segalanya mungkin tidak sepertimana yang kita rancangkan tapi aturan ALLAH itu lebih baik dari apa yang kita jangkakan. Salam kasih pada yang singgah di halaman penulisan saya.

Belajar dan terus belajar akan membawa kita kepada ilmu yang tak mungkin kita jangkakan. Saya sendiri mempunyai banyak mentor dalam medan bisnes mahupun untuk keperluan kehidupan harian kita. Belajar dan lakukan.

Sedikit perkongsian dari guru saya-puan rozi sharey (Tulian sebenar tanpa edit ya :) 

Entrepreneur Lesson
Tak guna ke sana sini pergi seminar cari ilmu untuk berjaya, kalau ASASnya tak betul.

Apa ASASnya?
‪#‎Sikap‬

Kalau masih ada sikap;
○Malas.Malu (Mesti super duper rajin). Muka belum tebal
○Tak sanggup korban tenaga, masa & apa2 yg perlu dikorbankan dahulu untuk kesenangan kemudian
○Tidak bersungguh
○Bangun pagi pun lewat. (Org2 berjaya bangun seawal 5 pagi.)
○Buat sambil lewa
○Tidak memperbaiki kemahiran/produk
○Ego
○Tak habis

Semua karakter ini perlu diPAKSA untuk diBENTUK. Tiada orang atau tools, boleh "masukkan" karakter ini dalam diri kita.



Benarlah apa yang disampaikan. Tak banyak pasti sedikit yang akan melekat kemas di kotak minda. Semuanya bermula dari "SIKAP" kita yang mendorong kita menjadi apa yang sepatutnya. Mahu jadi pensil yang boleh menulis atau kertas yang diconteng!


Saya menulis dan saya lakukan!



Untuk berkongsi cerita dengan saya sila add saya terus fb:


Salam kasih dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
23 FEB 2014 (AHAD)
===================

No comments:

Post a Comment