Foto: Carian Google.
Subjek: Catatan Harian
Assalamualaikum sahabat yang dirahmati ALLAH,
Cuti pangjang sempena "chinese new year" membuatkan ramai orang sibuk melayan anak-anak dan juga melangsaikan perkara-perkara yang masih ditanguhkan.
Cuti sekolah juga akan kita manfaatkan sebaik mungkin untuk hobby atau minat-minat terpendam kita bukan? Minat kita juga yang mungkin boleh membantu kita dari segi kewangan. Hebat!
Berkongsi tentang minat,
Minat dan wang, benda yang paling rapat dan mendatangkan keseronokan kerana kita melakukan sesuatu kerana minat, sudah pasti juga ia tidak akan mengundang jemu bertandang. Saya memang seorang yang mengemari dunia masakan dan pastinya minda segar saya sentiasa berputar dengan idea baru tentang dunia masakan. Seringkali juga anak-anak meminta saya menyediakan sesuatu untuk mereka jual di sekolah atau semasa majlis atau acara tertentu.
Menu nasi lemak adalah menu mudah untuk kita sediakan tapi pasti mengundang kegembiraan pada anak-anak ketika menjual. Kaedah mendidik anak untuk berniaga dan pastinya bermula dari "minat".
Jualan nasi lemak yang saya sediakan selalunya mendapat sambutan laris dari pelanggan. Yang turun padang menjual hanyalah anak-anak sempena sesi latihan untuk berniaga. Tahniah buat anak.
Kesimpulan dari catatan ringkas saya,
"Minat mendatangkan keuntungan kepada kedua pihak ibu dan anak"
Itulah dunia realiti kehidupan saya, perkara mudah untuk saya apdatasikan pada anak-anak dan kewangan saya. Hanya kerana minat!
Nota:~ yang nak membuat tempahan sila hubungi saya-kulim dan area sekitar :). Insyallah.
Salam kasih dari saya,
Wasalam.
Nazurah rahim
2 FEB 2014 (ISNIN)
===================
2 FEB 2014 (ISNIN)
===================
No comments:
Post a Comment