Teks:Nazurah Rahim
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Menatap tajuk akhbar seperti ini membuatkan ramai wanita di luar sana mempunyai kegairahan untuk memulakan bisnes walaupun ketika kita masih bekerja. Jesteru apakah bisnes yang sesuai untuk kita lakukan di waktu kita sedang dalam kekangan masa bekerja dan dalam masa yang sama kita memulakan perniagaan?
Ya, Ianya tidaklah semudah seperti yang kita fikirkan sekiranya kita sentiasa berfikir dengan cara terlalu susah. Sepertimana kebiasaannya kita sendiri yang akan membuatkan diri kita amat takut untuk menceburi bidang baru. Bidang baru perkara baru untuk kita! Bersediakah kita?
Tetapi, Jenis perniagaan apakah yang kita akan lakukan dan apakah ianya boleh membawa keuntungan. Ya anda dinasihatkan untuk mulakan perniagaan yang tidak menganggu aktiviti harian anda. Adakah perniagaan seperti itu? Tentunya ada kerana sebahagian besar wanita bekerjaya sekarang memilih untuk berniaga dan dalam masa yang sama dapat menikmati masa bersama anak-anak atau keluarga di rumah setelah perniagaan kukuh dan mampu untuk tinggalkan kerjaya lama. Salah satu perniagaan abad ini adalah perniagaan melalui maya yang membolehkan hampir semua orang melakukannya. Ini kerana kos yang sangat minimum untuk bermula. Anda tidak perlu untuk menyewa kedai dan sebagainya. Nah inilah medium yang terbaik untuk anda sekarang.
"medium Media Social untuk perniagaan anda"
Kenal pasti objective dan matlamat anda dahulu, ini penting untuk perniagaan anda seterusnya rangka strategi dan target pasaran anda. Apakah jenis-jenis perniagaan yang sesuai untuk anda? Banyak yang saya akan cuba huraikan untuk anda mulakan perniagaan online anda dan tips-tips menarik untuk anda mulakan perniagaan anda. Buat persediaan awal dan kenali apakah kepakaran atau minat anda yang sedia ada .
Apapun yang kita lakukan nanti sebaiknya ianya datang dari hati kita yang ikhlas. Berniaga dengan hati dan kerana ALLAH adalah yang terbaik . Semoga mendapat keberkatan.
(“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata..” )
Bersambung,
semoga mendapat sedikit manfaat dan tips . Panduan untuk wanita berkerja yang masih dilema untuk memulakan perniagaan.
Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.
Nazurah rahim
9 DEC 2013 (ISNIN)
===============
9 DEC 2013 (ISNIN)
===============
No comments:
Post a Comment