Foto:Nazurah rahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Indahnya sinaran panahan mata si comel,anak kucing kecil yang di buang di depan teratak kami tanpa belas ehsan tuan empunya.siapakah pemiliknya ?Ya,si comel bermata biru tidak berupaya untuk menjawab hanya mampu membuka mata meminta simpati.
Si comel kami mandi dan susukan.Serasi benar dia dengan telatah manja putera puteriku.Hati kecil berbisik , manusia sempurna ciptaannya namun tiada berakal.Siapakah yang patut di persalahkan?
Biarlah,biar mereka lalai tanpa sedar, biar mereka lalai tanpa perlu mengingati si comel, biarkan saja manusia itu .
Kasih si comel hanya untuk orang yang berhati mulia.Ganjarannya sudah tertulis tetap.Tidak terhitung oleh perkataan , tidak terhitung oleh akal.Terima kasih si comel sempat jua kami menumpahkan kasih walau hanya sepurnama kerana ALLAH lebih menyayangimu.Kasihmu masih harum di minda segar kami semua.
Kasih untukmu hingga ke syurga.
Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.
Nazurah rahim
27 Nov 2013 (RABU)
===============
27 Nov 2013 (RABU)
===============
No comments:
Post a Comment