Friday 29 November 2013

Hadiah istimewa untuk solat si kecil.

Teks:Nazurah Rahim
Foto:Nazurah Rahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Si comel yang berusia tiga tahun ini sudah saya asuh secara santai untuk bersolat.Telatah mesranya selalu membuatkan kami tesenyum penuh makna.Kebiasaannya dia akan memakai telekung yang dihadiahkan untuknya sejak setahun yang lalu.Terima kasih kerana menghadiahkan telekung cantik itu.

Semoga saya sentiasa ada kekuatan dalam mendidik anak-anak dan generasi saya seterusnya .Inilah maksud "nilai hutang" yang saya curi dari anak-anak saya semasa saya bekerja sepenuh masa suatu ketika dulu.Nilai hutang yang tak mampu untuk saya tebus semula, walaupun kini saya suri sepenuh masa.Putaran masa berlalu meninggalkan kita menjadikan semalam hanya kenangan untuk kita imbas dan pelajari sahaja,tidak  lebih dari itu.

Ucapan terima kasih untuk seseorang yang menghadiahkan telekung comel untuk si manja kami.Terima kasih kerana selalu menjadi sahabat setia kami ,terima kasih kerana hadir dalam hidup kami dan terima  kasih atas segalanya.Semoga Allah sentiasa memberkati.

Ringkasannya:
1~Pemberian hadiah sangat bernilai pahalanya sekiranya si penerima memdapat manfaat atas hadiah tersebut.
2~Didikan awal bersolat penting untuk permulaan awal kanak-kanak.
3~Dalam persahabatan boleh mengekalkan saham akhirat anda.

Semoga anda mendapat manfaat dari cerita solat si kecil dan semoga anda menagkap maksud sebenar penulisan ringkas saya.


semoga menjadi anak yang solehah. Ameen.


Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
29 Nov 2013 (JUMAAT)
===============



Wednesday 27 November 2013

Simpati pada si kecil,tanda cinta dan kasih.

Teks:Nazurah rahim
Foto:Nazurah rahim


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Indahnya sinaran panahan mata si comel,anak kucing kecil yang di buang di depan teratak kami tanpa belas ehsan tuan empunya.siapakah pemiliknya ?Ya,si comel bermata biru  tidak berupaya untuk menjawab  hanya mampu membuka mata meminta simpati.

Si comel kami mandi dan susukan.Serasi benar dia dengan telatah  manja putera puteriku.Hati kecil berbisik , manusia sempurna ciptaannya namun tiada berakal.Siapakah yang patut di persalahkan?
Biarlah,biar mereka lalai tanpa sedar, biar mereka lalai tanpa perlu mengingati si comel, biarkan saja manusia itu .

Kasih si comel  hanya untuk orang yang berhati mulia.Ganjarannya sudah tertulis tetap.Tidak terhitung oleh perkataan , tidak terhitung oleh akal.Terima kasih si comel sempat jua kami  menumpahkan kasih walau hanya sepurnama kerana ALLAH lebih menyayangimu.Kasihmu masih harum di minda segar kami semua.

Kasih untukmu hingga ke syurga.




Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
27 Nov 2013 (RABU)
===============






Tuesday 26 November 2013

Bahagiakah kita andainya memilih besederhana?

Teks:Nazurah rahim
Foto:Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kenapa memilih sederhana andainya kaya sudah ke menara?Duduklah di mahligai indah tanpa perlu melihat rumah-rumah setinggan yang menghiasi mahligai indah anda.Biar mereka di basahi hujan,biar mereka di sinari mentari panas petang,biar mereka hidup dengan alam mereka, biar mereka melarat tanpa simpati anda.Biarkan saja mereka.

Sungguh benar hati kita sanggup untuk tidak melihat ke bawah, sungguh benar hati kita terlalu keras untuk menilai erti bahagia orang lain.Siapalah mereka untuk kita kenali lebih jauh.Biarkan saja mereka.Jangan mendaki mahligai yang  kita bina,jangan sesekali mendaki naik bersama.

Rapuhya hati yang terdidik dengan iringan harta benda dunia,serapuh batang kayu yang di mamah anai-anai.Kenapa perlu mendidik hati kita dengan sifat-sifat sederhana?ya, besederhana dituntut dalam islam.Tidak perlu menjaja kekayaan anda ,tidak perlu berlumba-lumba dengan sahabat anda untuk sebuah kekayaan yang anda  ada,tidak perlu menjadi orang yang selalu ke depan,tidak perlu anda menghiasi diri dengan harta mewah anda untuk si pengemis.Anda tidak bernilai untuk mereka kerana hati anda tidak semulia pohon kayu yang meneduhkan panas petang.




Wahai hati yang penuh dengan onar,yang penuh dengan rasa ketidakpuasan ,yang penuh
dengan sifat-sifat riak.pulanglah ke pangkuan minda kaya yang segar dengan ilmu Duniawi dan ukhrawi.Besederhanalah dikau wahai sang hati kerana Kebahagian tanpa sempadan menjadi ganjaran dengan sandaran kesyukuran.Belajarlah mendidik hati yang telah lama terbiar menjadi rakus tanpa
pembaris nilai kehidupan.

"Bahagia itu sederhana",penulisan ringkas untuk saya dan generasi saya,peringatan ikhlas saya untuk anda.Semoga anda medapat manfaat dan maksud sebenar penulisan saya,sekadar berkongsi untuk kebahagian hakiki,Insyallah

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
26 Nov 2013 (SELASA)
===============

Sunday 24 November 2013

Imbasan kenangan bersama ibu melayari minda petang.

Teks:Nazurah rahim
Foto:Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang nan syahdu ditemani irama retro saluran radio kegemaran,dalam keasyikan melayan halwa telinga tiba-tiba terdengar satu lagu yang membuatkan saya tersentak dan menitiskan airmata dengan lajunya.Sunguh, sunguh benar lagu itu mengamit  kenangan saya bersama Arwah ibu yang saya sangat rindui sejak permergianya lebih dari 3 tahun yang lalu.sungguh benar saya tidak dapat menahan rindu itu setiap hari sehingga saat ini.Saya dilahirkan dengan hanya mempunyai seorang abang dan saya boleh dikatogerikan sebagai anak manja ibu.Saya tidak punya sesiapa lagi selepas itu melainkan ayah tetapi masa yang diperuntukkan kepada saya tidak lama dan saya  terpaksa mengharungi kesedihan untuk kali ke 2 kehilangan ayah tercinta pada setahun yang lalu .Allahukabar,ALLAH telah mengambil kedua-duanya dari saya.

wanita dan lelaki yang amat  saya cintai dunia dan akhirat itu pergi jua , bertapa saya seorang anak manja yang selalu mencium, mendakap mesra ayah dan ibu saban minggu walaupun saya sudah bergelar ibu kepada cahayamata saya sendiri.saya belajar untuk menjadi seorang yang redha,seorang yang dapat menerima segalanya , nah di saat itu saya masih bekerja dan saya sedaya upaya cuba menjadi sebaik mungkin menjaga mereka ketika saat-saat akhir hidup mereka, mengambil cuti tanpa gaji menjadi pilihan saya.Bertapa waktu ini saya sedar, saya tidak boleh mengembalikan "NILAI WAKTU " yang saya curi dari mereka berdua walaupun saya sempat menjaga mereka di saat-saat akhir tetapi apalah sangat nilai yang saya korbankan.

Akhirnya saya sedar betapa saya merindui mereka,betapa saya sanggup membayar harga berjuta untuk mereka kembali tersenyum pada saya,betapa saya ingin mereka mendakap dan membelai tubuh saya,bertapa saya tidak dapat berkogsi kesusahan saya bersama mereka,betapa saya amat memerlukan mereka berdua.Andainya waktu itu kembali,saya akan pasti membayar "NILAI"hutang saya pada mereka.

Bersyukurlah pada anda yang masih punya keduanya, yang masih dapat mengangkat talipon untuk menghubugi mereka, yang masih sempat memeluk mereka , yang masih sempat melihat jernih mata mereka, yang masih merasai hembusan nafas ibu dan ayah,yang masih sempat menghulurkan tangan memohon maaf.Sesungguhnya saya amat mecemburui anda.

Fahami maksud sebenar penulisan ringkas saya dan maksud "NILAI HUTANG ' yang anda ada.bertapa anda ada masa untuk membayar nilai itu.Ya lakukan sekarang.

Al-fatihah untuk kedua ibubapa saya dan Semoga ALLAH tempatkan mereka bersama-sama orang yang beriman"YA ALLAH , kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mangasihaniku sewaktu kecil,AMEEN".

Salam ikhlas dari saya,
Wasalam.

Nazurah rahim
24 Nov 2013 (AHAD)
===============